Sakit Membuatkan Kita Memahami Keadaan Orang Lain


Bila kita sakit kita akan lebih memahami perasaan mereka yang sakit. Hakikat sebenar kita harus sedar bahawa dugaan yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan Allah merindukan kalimah Ya Allah dari hambanya. Bila kita sakit..ditimpa musibah, saat itu sajalah kita ingatkan Allah tetapi bila kita sihat dianugerahkan nikmat dan kebahagiaan kita mula alpa, kita lupa mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Jadi Allah memberikan kita dugaan dan ujian kerana Allah terlalu sayangkan hambanya dan memberi ruang untuk kita lebih memahami musibah yang dihadapi oleh orang-orang yang susah dan tidak berkemampuan, sesungguhnya kita akan rasa lebih bertuah dan beruntung jika dibandingkan dengan mereka.


Setiap masa kita mesti diberi ujian, selagi kita hidup selagi itulah kita akan sentiasa diuji. Jika Allah tidak menguji kita bermakna Allah tidak memandang kita mungkin juga tidak ada dalam perhatianNya. Ruginya kita bila hilang kasih dan perhatian dari Allah swt.Namun begitu hidup kita jika berada di zon yang selesa juga buat kita akan fikirkan apa ujian seterusnya yang bakal Allah berikan. Sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kita harus sentiasa bersedia dan redha serta mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.
Bila anak sakit pasti buat ibu bapa gundah dan tidak tentu arah bila mengenangkan anak terbaring sakit. Kita memaksanya untuk makan ubat..makan bubur sedangkan kita tidak memahami bahawa mereka sendiri tidak menginginkan sakit itu menghinggapi mereka, bukan niat mereka untuk tidak mahu makan tetapi tekak mereka hilang selera atau  sakit untuk makan. Sedangkan ibu bapa risau melihat keadaan anak terbaring sakit. Seharusnya saat ini kita ambil peluang agar lebih memahami keperluan mereka. Saat inilah mereka perlukan belaian dan perhatian kita. Saban hari setiap masa dan detik mereka bekorban perhatian dari kita apabila kita menghantar mereka ke rumah pengasuh..taska.. dan sekolah untuk pergi kerja disebabkan keadaan memaksa untuk mencari sesuap nasi rezeki yang halal sehingga kita mengenepikan apa yang mereka rasa. Seharusnya ibu bapa perlu memberi penjelasan sebaiknya mengapa anak-anak dihantar ke sekolah, taska dan rumah pengasuh.
 
Jadi apabila mereka sakit saat itulah harus diambil peluang memberi sepenuh perhatian kepada mereka bahagiakan mereka kerana inilah saat Allah ingin merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Dan apabila kita jatuh sakit barulah kita  sedar kita juga perlukan perhatian dan kita juga tidak beupaya untuk makan dan minum kerana hilang nikmat selera makan apatah lagi untuk makan ubat. Di sini dapat kita fahami wang ringgit dan kekayaan tidak dapat membeli kesihatan dan kebahagiaan serta hubungan silaturrahim. Oleh itu hargailah keluarga kita kerana merekalah yang kita ada saat kita dalam kesusahan

Ulasan

Catatan Popular