21 Tempat-Tempat Percutian Unik Patut Pergi Paling Tidak Sekali Seumur Hidup

Masih tercari-cari tempat percutian menarik yang unik di Malaysia? Memang banyak sebenarnya

Jika anda baru berkahwin, disyorkan 21 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia. Namun jika anda sudah lama kahwin, apa kata cuba hidupkan kembali suasana pengantin baru dengan berkunjung ke tempat percutian yang tersenaraikan di bawah ini :). Ia juga bilah dijadikan percutian famili anda.

1. Tubotel Langkawi

Langkawi mungkin tempat percutian paling common rakyat Malaysia. Jika mahu bercuti di pulau? Pasti Pulau Langkawi mesti include dalam senarai. Tetapi ada satu tempat menarik di Langkawi yang tak ramai orang tahu, iaitu Tubotel Langkawi.

Info lanjut : http://tubotel.com/cms/

2. Tanah Aina Fahad, Pahang
Jarang orang bercuti tidur dalam khemah. Tetapi inilah keunikan Tanah Aina Fahad, sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam khemah dengan aksesori bertaraf lima bintang! Resort ini terletak di Ulu Dong, Raub Pahang. Jika anda peminat flora dan fauna, masukkan Tanah Aina Fahad dalam wish list.


3. Tanah Aina Farouq, Pahang
Resort terletak di Pahang iaitu Tanah Aina Farouq yang berkeluasan 19 hektar di Mukim Tras, Raub; Tanah Aina Fareena (tiga hektar) di Lentang, Bentong dan Tanah Aina Fahad (dua hektar) di Ulu Dong, Raub. No 2 dan No 3 adalah resort di bawah Aina Farrah Soraya




4. Seaventures Dive Rig, Semporna Sabah
Kelainan yang sangat menarik bagi peminat aktiviti selam skuba – menginap di atas bekas pelantar minyak. Bilik ditawarkan sama ada untuk yang masih bujang hinggalah yang mahu datang sekeluarga. Must try!

Info lanjut: http://seaventuresdive.com / Emel: info@seaventuresdive.com


5. Casa Titik, Pahang
Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.

Anda inginkan situasi dan permandangan seperti di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Anda boleh sahaja terus perg ke Casa Titik di Cherating, Pahang.

 


6. The Dusun, Negeri Sembilan
Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.

Info lanjut : http://thedusun.com.my/



7. Eight Acres, Raub Pahang
Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!

Info lanjut :  eightacres.net





 
8. Sekeping Serendah, Selangor

Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.

Info lanjut :  http://www.sekepingserendah.com/




 
9. The Shorea, Negeri Sembilan

Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.

Info lanjut :  theshorea.com




 

10. LimasTiga, Melaka

Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.

 Info lanjut : limastiga.blogspot.com
 



11.  Desa Balqis, Kuala Linggi Melaka

Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.

 Info lanjut : desabalqis.com




 
12.  Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Lokasi percutian menarik di Pantai Timur yang menjadi pilihan kami ialah Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kuala Terengganu. Reka bentuk resort ini diilhamkan menggunakan konsep rumah Melayu klasik abad ke-17. Lokasi Terrapuri yang terletak di antara Laut China Selatan dengan Laguna Setiu menjadikannya tempat untuk anda mencari ketenangan di tepi laut.

Info lanjut : terrapuri.com




 
13.  D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang

Janda Baik antara lokasi popular di Pahang. Jika anda memilih untuk ke sana, jangan lupa untuk mencuba keunikan di D’Ark Training & Resort. Seperti namanya, lokasi ini sesuai untuk percutian sambil bekerja.

 Info lanjut : darkresortjandabaik.blogspot.com
 



14. Belum Eco Resort Grik, Perak
Sebuah pulau terletak di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!

Info lanjut : http://www.belumecoresort.com/






15. Three Orchid Manukan Resort, Sabah
Syurga menyelam ada di Sabah. Banyak pulau di Sabah masih menyimpan 1001 khazanah lautan, salah satunya di Pulau Manukan. Di sana anda boleh memilih untuk menginap di Three Orchid Manukan Resort yang turut menyediakan sebuah pusat menyelam.

16.  Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak

Suasana ala-ala di Cameron Higlands tetapi terletak di hutan hujan tropika Borneo. Borneo Higlands Resort bukan sahaja sesuai untuk percutian bersama famili, malah sangat sesuai untuk berbulan madu.

17.  Dream World Resort  Kundasang, Sabah

Dream World Resort merupakan salah satu tempat paling strategik untuk anda menikmati pemandangan indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Walaupun sekadar hotel bertaraf 3 bintang, namun tawaran resort ini untuk setiap pengunjungnya sangat berbaloi.

18. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang

Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.





19. Container Hotel, Kuala Lumpur

Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur


Info: http://capsulehotelklia2.blogspot.my/

1 malam dari RM 56





20. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Anda mahukan suasana seperti di Bali? Di Villa Samadhi ini tempat yang cukup mendamaikan dan sesuai untuk merehatkan diri. Kepada anda yang tinggal di Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi ke tempat percutian yang berjauhan dari kediaman anda.

Info lanjut : villasamadhi.com.my


  
21. Endau Beach Resort, Pantai Penyabong Mersing

Endau Beach Resort bertempat sempadan antara Johor-Pahang. Endau terletak 25 minit dari Mersing. Suasana kampung masih terserlah di tempat ini dan amat sesuai untuk sesiapa menenangkan diri dari kekusutan kerja seharian. Berdekatan  resort ini terdapat jeti bagi kaki pancing. Cantik resort ini dan masih di selenggara dengan baik tak perlu ke Bali atau Phuket atau Koh Samui.
 


Jadi bawalah famili bercuti menikmati keindahan alam dan mengeratkan silaturrahim

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (surah Al ‘Ankabut, ayat 20)

sumber
Legoland hotel


Ulasan

Papaglamz berkata…
Tempat yang menarik. Seronokya bercuti..

Hot post - Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park
nora liana berkata…
http://bungaanggerikdesa.blogspot.my/?m=0

follow la saye balik

Tanpa Nama berkata…
Memang banyak tempat menarik di Malaysia ni

www.orangsabahan.blogspot.com
normala ab shukor berkata…
bagus info ni... banyak juga tempat menarik di Malaysia ni yer...
Unknown berkata…
Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )
Thanks admin for sharing. Saya tengah survey tempat utk bercuti bersama keluarga hujung tahun nanti. Sedikit sebanyak perkongsian ini membantu saya utk memilih Tempat. Tanah Aina mcm menarik :)

Catatan Popular