Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
Pemakanan dalam pantang, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan
termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk'
seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh
menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan
cencaru.
Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan
atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu
ibu kepada bayi.
Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air
walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi
yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta
dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas
akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan
moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk
meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari
berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran
bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun
begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu
dielakkan.
Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan
bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah
tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang
kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan
budaya serta adat resam individu. -DEMC Specialist Hospital
Kepentingan Amalan Berpantang
- Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
- Membetulkan peredaran darah.
- Mengurangkan angin dalam badan
- Mengurangkan sakit kepala
- Melancarkan pengaliran susu ibu.
- Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression
- Membantu menstabilkan emosi ibu
- Tempoh rehat untuk memulihkan kesihatan ibu.
- Membaik pulih tubuh badan ibu dan memastikan luka jahitan episotomi dan luka jahitan caeserean sembuh sepenuhnya.
Ulasan