Jangan Terlampau Suka Share Gambar Anak Di Media Sosial Be Alert About Paedophilia
Perkongsian Ilmu tentang gejala Paedophilia yang sangat menular sekarang..
Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia kalau tengok budak-budak akan muncullll rasa SEXUALLY attracted iaitu Rasa STIM ia lebih kepada sexsuality pada kanak-kanak padahal budak tu belum akil baligh pun. Kesian pada kanak-kanak mereka menjadi mangsa nafsu iblis golongan ini
Cuba kita imbas kembali banyak kes yang melibatkan kanak2 selain ada kanak diculik untuk djadikan pengemis terdapat satu kes yang melibatkan ramai-ramai kanak-kanak yang pernah menggemparkan Negara dahulu??? Kes yang melibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak sebagai contoh kes adik nurin… mereka bukan sahaja diculik, dirogol malah dibunuh kanak-kanak… Kita semua rasa marah meluap-luap bila dengar kes sebegitu, namun kita sepatutnya juga kita kena fikirkan punca kenapa perkara tragis sebegitu berlaku???
Kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, and why they only attacked kids kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat dsb. Terlalu banyak kes seperti ini sekarang nafsu haram jadah ape yang menjiwai golongan pedofilia ini.
Pedofilia (ejaan bahasa Melayu) ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh. Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.
Baru baca maksud pasti anda dah rasa seram sejuk semacam je kan… Mesti mak bapa juga dah terbayangkan anak masing-masing kan…Rasa macam nak balik jaga diorang kalau boleh mahu doang duduk depan mata jerr... Itulah hakikat penyakit psikologi pedofilia ni… Orang yang hidap sakit pedofilia ini, kita tak nampak dia sakit die seperti orang normal so memang susah nak kesan orang sebegini kadang-kadang ia terdiri daripada saudara dan rakan terdekat kita… Memang mereka nampak normal macam orang lain juga… Cuma mental mereka sahaja tak normal… Bagaimana fikiran dan imaginasi orang yang ada sakit Pedofilia ni??? OK, cuba rujuk gambar-gambar kat bawah;
Baru baca maksud pasti anda dah rasa seram sejuk semacam je kan… Mesti mak bapa juga dah terbayangkan anak masing-masing kan…Rasa macam nak balik jaga diorang kalau boleh mahu doang duduk depan mata jerr... Itulah hakikat penyakit psikologi pedofilia ni… Orang yang hidap sakit pedofilia ini, kita tak nampak dia sakit die seperti orang normal so memang susah nak kesan orang sebegini kadang-kadang ia terdiri daripada saudara dan rakan terdekat kita… Memang mereka nampak normal macam orang lain juga… Cuma mental mereka sahaja tak normal… Bagaimana fikiran dan imaginasi orang yang ada sakit Pedofilia ni??? OK, cuba rujuk gambar-gambar kat bawah;
Sebenarnya, kita yang berperanan untuk mencegah perkara ini terjadi… Apa peranan kita???
Hati-hati upload gambar anak-anak ke laman social, blog, facebook, instgram dan sebagainya… Lihat dulu baju yang dipakai, jangan dedahkan gambar anak yang sedang pakai baju seksi terutama anak perempuan. Jangan dedahkan gambar anak yang tengah mandi kolam… Jangan…jangan… fikirkan dulu sebelum anda upload ke blog atau facebook...twitter or instagram. Jangan fikir friendlist fb, twitter, instagram atau sahaja suci murni fikiran mereka maybe ada yang bermasalah mental. Jaga privasi anak walaupun mereka kecik kadang ada budak dah boleh berfikir dan rasa malu dgn pakaian dedah aurat.
Di blog lebih terdedah dengan ancaman ni, sebab setiap gambar yang kita upload akan tersimpan di dalam enjin carian internet… seperti Google Images… kalau tak percaya, taip je nama anak anda, bersepah akan keluar… dan perkongsian pengalaman sendiri… setiap gambar yang kita nak delete dari blog memang terus akan terpadam dari blog.. tapi di enjin carian google images akan ambil masa 60 hari baru terhapus sepenuhnya.
Jadi, hati-hati upload gambar ke internet… bukan mudah nak padam balik.. dalam masa tu macam-macam boleh jadi… fikirkanlah…
Jangan terlalu dedahkan gambar anak-anak dengan posing-posing yang tertentu…
Kurangkan post tentang anak-anak di laman social… sebab orang yang membaca boleh bayangkan macam-macam…
Jadi, fikir-fikirkanlah..
- Adakah kita tahu siapa kawan kita dilaman social itu semua kawan yang suci murni pemikiran dan hatinya?
- Adakah kita tahu siapa yang sedang menilik dan ‘menculik’gambar-gambar anak-anak kita di laman social?
- Apa tindakan kita buat sebaik sahaja baca tentang Pedophilia?
Kita kena bertindak sekarang… awasi anak kita sentiasa… jangan biarkan main sengsorang… bahkan jika berkawan pastikan pantau siapa rakan di taska, di rumah pengasuh dan sebagainya.. Belum terlambat untuk kita DELETE gambar-gambar anak-anak kita yang tak sepatutnya... Pastikan kalau post gambar anak, dengan gambar ibu bapa sekali... Jangan post gambar anak-anak seorang atau secara sendiri... Kita tak tahu siapa ada Pedophilia ni... Jangan salahkan orang lain jika berlaku sesuatu melainkan kita sudah pun mencegahnya terlebih dahulu....
Ulasan