Tiap Pagi Kelam Kabut Urus Anak? IKUTI 10 TIP INI
Mesti semua parent akan alami masalah kelam kabut dalam mengurus anak setiap pagi. Oleh itu jom kita ikuti tips2 di bawah
Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari:1. Siapkan barang pada malam sebelumnya
Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak
untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur.
Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu.
Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh.
Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti
huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang
perlu. Ini amat membantu.
3. Sediakan jadual
Jadual apa
yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual
mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga
memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar
sahaja.
Ambil peluang ketika anak
sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka tidak menggangu
tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti
melipat kain, sidai kain dan sebagainya.
Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak
membuang masa memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap
dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu dan ini akan
memudahkan kerja ibu.
6. Kerjasama suami
Tanpa bantuan
ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan
keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan
tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan
asyik biarkan isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak
cukup nafas bila perlu gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan
gosok baju suami.
7. To-Do-List
Salah satu tip bagi
mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai
untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan
yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu
lihat dan agar tidak lupa.
8. Outsource
Jika ada sesuatu
kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain untuk
melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju
atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban
ibu. Jika tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian,
boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung
minggu.
9. Gunakan teknologi terkini
Dengan teknologi yang
semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak
berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli
barang secara on-line.
10. Didik anak ringan tulang
Ibu
seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah
anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti
meletakkan baju kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju
sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.
Ulasan