Mengajar Anak Berpuasa
Ini ialah salah satu cabaran buat ibu bapa yang kali pertama melalui saat anak sulung mereka berpuasa.
“Ibu, kenapa kita kena puasa?”
“Ayah, puasa itu apa sebenarnya?”
“Ibu, kenapa ada kawan haikal tak puasa kat sekolah dia minum air, boleh ke minum air jer?”
Ini solan biasa diutarakan oleh anak menjelang Ramadhan terutama anak baru belajar berpuasa. Mereka akan sering bertanya kepada kita soalan-soalan seperti yang dinyatakan di atas. Mungkin ada sebahagian ibu bapa akan rasa terbeban dalam melayan kerenah anak mereka yang pertama kali berpuasa di bulan ramadhan.
Betul bagi ketetapan seorang anak yang berusai 7 tahun apa yang penting solat wajibnya. Tetapi sebagai ibu bapa yang bijak jangan memaksa mereka berpuasa tetapi mengajar mereka dengan lembut secara perlahan-lahan sehingga memahami rukun Islam ke-4 itu.
Tetapi, inilah tugas ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengenai ramadhan dan maksud berpuasa.
Pasti ramai ibu bapa sedang tercari-cari formula berkesan mengenai cara mudah mendidik anak mereka berpuasa. Oleh itu, ingin dikongsi dengan ibu bapa mengenai cara mudah untuk mendidik anak berpuasa tanpa perlu memaksa mereka secara berperingkat.
Semoga Allah SWT memudahkan usaha anda untuk mendidik anak-anak berpuasa.
Semoga Allah SWT memudahkan usaha anda untuk mendidik anak-anak berpuasa.
Jika anda merasa sukar dalam mendidik anak-anak berpuasa, jangan pernah merasa putus asa. Kerana Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita. Teruskan mendidik mereka dengan hati yang ikhlas dan kasih sayang.
Pada usia berapakah waktu terbaik untuk anak anda berpuasa?
Menurut pakar, pada usia 7 tahun adalah yang paling sesuai untuk melatih anak-anak berpuasa PENUH di bulan Ramadhan. Anak-anak yang berusia 5 hingga 6 tahun sudah boleh mencuba untuk berpuasa. Manakala, penerapan tentang kepentingan dan kebaikan berpuasa hendaklah bermula seawal usia 4 tahun.
Persoalannya kenapa usia 7 tahun?
Sedangkan hukum wajib berpuasa di bulan Ramadhan hanyalah apabila seseoang itu sudah baligh.
Hal ini kerana Ulama’ mengqiaskan kewajipan ibubapa untuk mendidik anak-anak supaya berpuasa seawal usia 7 tahun dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang menyuruh ibubapa menyuruh anak-anak disuruh menunaikan solat Wajib seawal usia 7 tahun.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ
أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.
Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Bagaimana mahu melatih anak berpuasa?
Untuk melatih anak-anak berpuasa perlu secara berperingkat-peringkat. Terdapat dua tahap atau peringkat yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.
Tahap pertama
Bercerita tentang keberkatan Ramadhan
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menceritakan kepada anak-anak tentang bulan Ramadhan itu terdahulu. Sebaik-baiknya boleh dimulakan pada bulan Syaaban lagi. Semarakkan lagi suasana untuk berpuasa.
Selain itu, kenalkan juga pada anak-anak tentang berpuasa iaitu menahan diri dari lapar, dahaga, perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana ALLAH.

Apa ganjaran dan faedah untuk orang yang berpuasa dan juga ceritakan bahawa orang Islam wajib untuk berpuasa.
Berikan galakan dan bukannya paksaan.
Jangan sesekali untuk memaksa anak-anak untuk berpuasa kerana anak kecil belum wajib pun wajib puasa ke atas mereka. Tubuh mereka belum boleh menahan lapar dan dahaga dengan mudah seperti orang dewasa.
Tahap kedua
Lakukan secara berperingkat.
Mulakan dahulu dengan sahur bersama-sama dan bertahan sehingga tengahari dahulu. Kemudian ke Asar dan lama-lama mereka akan sedikit dapat berpuasa sehingga waktu berbuka.
Lakukan secara berperingkat.
Mulakan dahulu dengan sahur bersama-sama dan bertahan sehingga tengahari dahulu. Kemudian ke Asar dan lama-lama mereka akan sedikit dapat berpuasa sehingga waktu berbuka.
Berikan galakan dan sokongan untuk setiap hari, walaupun tempohnya berkurangan atau tidak berubah dari semalam. Yang penting di sini, bukan tempohnya, tetapi kesungguhannya dalam menahan lapar dan dahaga.
Sibukkan mereka dengan aktiviti.
Cuba untuk sibukkan diri mereka dengan aktiviti dengan meluangkan masa bersama mereka seperti melakukan persiapan raya dan aktiviti rumah atau membantu menyiapkan persiapan berbuka puasa di dapur, supaya mereka terlupa memikirkan makan dan minum seketika. Jika mereka merasa penat benarkan mereka untuk berehat atau tidur dan sekiranya anak-anak tidak mampu untuk berpuasa pada hari itu benarkan mereka untuk berbuka.
Beri ganjaran sekiranya berpuasa.
Hal ini boleh dijadikan motivasi untuk permulaan. Contohnya membeli alat tulis dan juga pakaian sebagai ganjaran. Atau boleh merancang hadiah misteri seperti pergi melancong.
"Alhamdulillah, oleh kerana ayah dan ibu memiliki anak yang soleh, telah berpuasa penuh, ALLAH swt telah memberi rezeki berlebihan pada hari raya ini."
Walaubagaimanapun perlu ingatkan pada anak-anak, puasa bukan lah untuk dapat ganjaran atau upah, tapi tanda ketaatan kepada ALLAH. Barulah ibadah puasa dijalani penuh bermakna.
Sediakan makanan berkhasiat ketika sahur
Pastikan sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat ketika sahur untuk berikan tenaga yang mencukupi untuk berpuasa di esok hari. Pastikan juga anak-anak tidak terlepas waktu sahur. Selain dari makanan yang berkhasiat pastikan juga anak-anak minum air yang mencukupi.
Raikan mereka semasa berbuka puasa
Sebuah hadith ada menyebut: “..Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya..” (Sahih Muslim).
Sebuah hadith ada menyebut: “..Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya..” (Sahih Muslim).
Raikan mereka dengan juadah yang mereka suka dan kegemaran mereka. Makan atau berbuka puasa sama-sama dan semeja dengan mereka. Kalau boleh pastikan ibu bapa pulang awal untuk bersama-sama bersiap untuk berbuka bersama.
Kalau boleh amalkan juga untuk berkongsi juadah dengan jiran dengan menyuruh anak-anak yang hantarkan. Hal ini bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan anak malah dapat eratkan hubungan dengan jiran-jiran.
Semoga anda berjaya memujuk anak-anak untuk berpuasa mengikut cara yang diterangkan. Elakkan menghukum anak-anak jika dia tidak mahu berpuasa bagi yang belum baligh.
Ajak mereka duduk semeja berbuka sama. Dengan cara ini memberi kesan psikologi untuk anak-anak merasa tercabar melihat akak dan abang mereka berpuasa. InsyaAllah.
Pemakanan terbaik untuk anak kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan
Pemakanan semasa bulan ramadhan amat penting agar ramadhan yang akan kita lalui lebih bermakna dan dapat mentarbiyahkan diri kita. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, bulan Ramadhan adalah satu tempoh yang mustahak untuk mengajar anak mereka berpuasa dan erti puasa itu sendiri.

Pemakanan anak anda perlu dititik beratkan agar mereka ini dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. Mari kita lihat beberapa tips untuk memastikan anak kita dapat berpuasa dan kekal aktif.
1. Makanan yang tinggi dengan serat
Pengambilan makanan yang tinggi dengan serat amat penting semasa tempoh berpuasa kerana ia melambatkan proses tubuh berasa lapar. Serat boleh di kategorikan kepada dua jenis iaitu serat larut dan serat tidak larut.
Serat larut terkandung dalam makanan seperti buah-buahan dan makanan kekacang manakala serat tidak larut terdapat dalam bijiran dan sayur-sayuran.
Anda digalakkan untuk mengambil bijirin penuh yang mengandungi lebih serat berbanding bijirin biasa. Pilihlah roti gandum penuh berbanding roti biasa.
2. Kurma
Kurma ialah salah satu makanan sunnah yang digalakkan untuk diambil semasa berbuka. Hal ini kerana kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mudah ditukar untuk menjadi tenaga.
Berikan anak anda kurma semasa berbuka agar anak anda dalam kembali bertenaga dalam tempoh masa yang singkat.
3. Air kosong/air masak
Air kosong amat penting untuk mengelakan dihidrasi daripada berlaku kepada anak anda. Pastikan air diambil dalam kadar yang mencukupi semasa bersahur.
Air kosong amat penting untuk mengelakan dihidrasi daripada berlaku kepada anak anda. Pastikan air diambil dalam kadar yang mencukupi semasa bersahur.
Ketahui tanda-tanda awal dihidrasi semasa anda mengajar mereka berpuasa. Jika dehidrasi berpanjangan, ia akan memberi kesan sampingan kepada anak anda.
4. Karbohidrat
Karbohidrat membekalkan 50%-60% tenaga semasa berpuasa. Pastikan anak anda mengambil karbohidrat secukupnya untuk kekal bertenaga menjalankan aktiviti seharian.
Karbohidrat membekalkan 50%-60% tenaga semasa berpuasa. Pastikan anak anda mengambil karbohidrat secukupnya untuk kekal bertenaga menjalankan aktiviti seharian.
Antara makanan yang tinggi dengan karbohidrat ialah nasi, roti dan mi. Makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti barli, gandum, dan oat membantu untuk membekal tenaga untuk jangka masa yang lebih panjang.
5. Protein
Jangan terlepas pandang dengan pengambilan protein anak anda kerana protein amat penting dalam tumbesaran anak anda. Galakkan anak anda mengambil produk tenusu semasa sahur atau berbuka disamping pengambilan ikan, ayam dan daging dalam menu seharian.

Antara makanan yang sesuai untuk mengembalikan tenaga anak-anak dengan cepat:
1. Yogurt
2. Pisang
3. Oatmeal
4. Jus buah-buahan
5. Kurma
6. Madu
Tips bonus:
1. Jangan tinggalkan sahur atau bersahur awal sebelum tidur. Adalah sunnah untuk kita melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka. Jadi, didiklah anak untuk bangun waktu sebelum subuh untuk bersahur.
Selain itu, anak kita akan kenyang lebih lama jika sahur lewat jika dibandingkan dengan sahur sebelum tidur. Bersahur itu adalah keberkatan.

2. Jangan makan terlalu banyak semasa berbuka kerana ia akan menggangu solat tarawih selepas itu. Sebaiknya, susun tempoh pemakanan kita dan anak-anak.
Sebagai contoh, berbuka dengan makanan ringan seperti kuih muih, kurma dan air. Selepas solat maghrib, barulah makan makanan berat dan selepas tarawih, amalkanlah light supper dengan makan makanan seperti buiskut dan kuih muih.
3. Kunyahlah makanan perlahan-lahan semasa berbuka. Rasulullah SAW mengajar kita untuk menguyah makanan sebanyak 40 kali. Kenapa? Apa hikmah disebalik suruhan ini?
Jawapannya adalah kerana tubuh badan kita mengambil masa sekitar 20 minit untuk menghantar insyarat ‘kenyang’ kepada otak. Jadi, makanlah secara perlahan dan mengikut tertib.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, pedas dan berempah kerana ia akan membuatkan ketidakselesaan kepada perut. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketidakhadaman dan sakit perut.
5. Elakkan daripada pengambilan makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Antara makanan yang tinggi kandungan garam ialah jeruk, kerepek, sos, ikan masin dan juga makanan dalam tin.
Makanan sebegini akan menyebabkan masalah kekurangan air dalam badan. Selain itu elakkan minum teh dan kopi semasa bulan puasa kerana ia membawa kesan diuretic juga.
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih indah dan bermakna buat anda sekeluarga. InsyaAllah, apa yang dikongsikan dapat membantu anda mendidik anak-anak mengenai Ramadhan dan puasa.
Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih menggembirakan selain melihat anak-anak membesar dengan didikan agama yang baik kerana seperti sabda Rasulullah S.A.W, antara 3 perkara yang akan membantu kita selepas mati adalah doa daripada anak-anak yang soleh.
Ulasan