Mengenali Personaliti Kanak-Kanak Introvert dan Extrovert
Sekadar
berkongsi, dibawah ibubapa boleh menganalisa dan kemudian berbincang dengan anak
berdasarkan kepada Myers Brigg Personality Test. Dengan cara ini mereka lebih
memahami diri mereka dan akan memberi kefahaman jika berlakunya apa-apa masalah
dalam persahabatan dengan kawan lama atau baru.
Kanak-Kanak Introvert
1. Tidak kekok untuk berada sendirian. Boleh membaca buku dibawah pokok seorang diri ketika waktu rehat sekolah.2. Seorang yang mengutamakan kehendak dalaman. Sangat Fokus. Contohnya, jika dia ingin menghafaz satu surah, dia boleh melakukannya dan nekad untuk menghabiskannya walaupun orang lain mengajak bersama untuk melakukan aktiviti lain
3. Suka berfikir, memerhati manusia dan persekitaran, menganalisa, bertanya dan memberi pendapat. Selalunya kanak-kanak seperti ini, kawan yang akan mengejar untuk berkawan dengan mereka kerana kata-katanya dikeluarkan selepas berfikir menyebabkan hanya kata-kata yang menyebabkan kawan suka mendengarnya sahaja yang akan dikeluarkan
4. Tidak mudah untuk mesra dengan seseorang pada kali pertama berjumpa walaupun disuruh oleh ibubapa mereka untuk berkawan. Mereka lebih suka memerhatikan dahulu dan kemudian baru membuat keputusan seseorang itu boleh dibuat kawan atau tidak. Ini adalah masalah juga. Nampak seperti tidak pandai bersosial tetapi sebenarnya jika sudah berkawan, kawannya akan setia bersamanya dan mencarinya ketika waktu bermain. Kumpulan kawannya akan ramai dan kelihatan seolah dia seorang extrovert tapi asalnya dia adalah introvert dan tetap seorang introvert.
5. Jika kita ada 2 orang anak, satu intorvert dan satu extrovert, kita akan dapati setiap hari anak introvert akan sampai ke rumah dulu setelah habis waktu bermain di padang bersama rakan-rakan. Anak extrovert akan sampai kemudian, kecuali kita beri peringatan untuk balik bersama-sama. Tentu saja yang introvert akan sentiasa mengingatkan yang extrovert waktu untuk balik ke rumah sedang extrovert sentiasa lupa dan leka.
6. Dia juga tidak akan pernah meminta pada kita untuk tidur dirumah kawannya sepertimana extrovert. Walaupun diajak oleh kawan atau ibu kawan tersebut untuk bermalam.
Apa yang Ibu perlu ajar pada Kanak-Kanak Introvert :
1. Ibubapa perlu beri tips ‘ How To Break The Ice’ untuk kali pertama berjumpa dengan kawan baru. Suruh mereka berbual dalam ‘tempoh analisa’ yang mengambil masa untuk buat keputusan kemudian.
2. Perlu juga untuk belajar dan diberi motivasi bahawa hidup perlu seimbang antara study and play. Jika waktu main, kena bermain, jangan guna waktu bermain untuk belajar atau buat sesuatu yang lain dari bermain.
3. Oleh kerana dia mempunyai sifat dalaman yang kuat, dia agak mudah marah dan mudah cemburu membuat dia berusaha bersungguh-sungguh dan mengenepikan hal lain. Ini memerlukan kita berkongsi dengannya cara mengatasi cemburu dan marah dengan mengajar pernafasan yang betul dan meletakkan sesuatu itu pada konteks yang betul.
4. Selain dari itu, puji sikapnya yang positif seperti yang tersenarai diatas.
Kanak-Kanak Extrovert
1. Rasa kekok berada sendirian. Seronok berada di tempat yang ramai orang. Cuba sedaya upaya menjadi sebahagian dari ‘group’ tersebut. Bermakna, jika ke sekolah, mereka akan berusaha untuk bersama dengan pelajari yang dikenali/famous samada dikenali kerana kebaikkan (kumpulan pengawas sekolah) atau tidak baik (kumpulan buli budak sekolah)2. Seorang yang mudah bertindakbalas pada persekitaran. Boleh meletakkan kebelakang apa yang dimulakan sebelumnya untuk bersama melakukan aktiviti yang sedang berlangsung di hadapannya.
3. Suka bersosial, mudah mesra, banyak bercakap dan kadang-kadang menyebabkan orang lain tiada peluang untuk bercakap. Haha..
4. Seorang yang pemurah bersama kawan. Suka belanja/bersedekah dengan kawan
5. Suka memberi cadangan untuk aktiviti bersama dengan kawan-kawan atau merancang aktiviti sosial untuk hari seterusnya bersama rakan-rakan
6. Jika ada kerja sukarelawan, mereka ini adalah yang pertama akan melibatkan diri.
Apa yang Ibu perlu ajar pada Kanak-Kanak Extrovert :
Pada umumnya, ibubapa menganggap kanak-kanak extrovert pandai bersosial dan mereka tidak mempunyai masalah. Bagi saya, mereka inilah yang perlu di ajar mengenai perhubungan dan kawan. Kadang-kadang kelihatan mengejar kawan dan bersedih jika kawan tidak mahu berkawan dengannya.
1. Ibubapa perlu beri tips ‘ How To Deal With Rejection’ jika satu hari kawannya tidak mengajaknya bersama dengan kawannya yang lain untuk sesuatu aktiviti.
2. Perlu juga untuk belajar dan diberi motivasi “Dont Change Yourself For Others atau Love Yourself First”.
3. Ajar mereka membuat jadual atau buat jadual bersama mereka selepas itu disiplinkan mereka mengikut jadual yang telah dibuat.
3. Beri idea mereka bahawa diri sendiri adalah kawan terbaik dan jika tiada kawan tidak mengapa. Buku boleh jadi kawan setia kita yang akan memberi manfaat dalam hidup yang lebih berjaya.
4. Naikkan self esteem mereka kerana mereka mudah untuk ‘tersungkur’ bila kawan tidak mahu berkawan dengan mereka. Mudah merajuk kerana cemburu jika kawan mereka berkawan dengan orang lain.
5. Perlu diingatkan untuk memilih kawan yang baik dan soleh/solehah dan hindari dari kawan yang tidak baik. Ajar mereka cara menganalisa kawan baik dan tidak baik. Oleh kerana mereka cepat mesra dengan kawan baru, jika dapati kawan barunya adalah ‘Toxic Friends’ iaitu kawan yang membawa kepada keburukan, kita perlu mengajar mereka cara-cara berhemah dan bijak untuk menjauhkan diri dari mereka ini. Selain dari itu, puji sikapnya yang positif seperti yang tersenarai diatas.
Ulasan