Tips Melindungi Anak Dari Bahaya Di Luar Kawalan Kita
Tips yamg amat berguna dari Islamic Parenting Kalau bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh. Memang dalam kita sibuk bekerja, ada ketikanya, kita akan terfikir tentang anak bukan? Merekalah penghibur hati, pengarang jantung dan segala-galanya untuk kita.
Kalau boleh kita mahu berada dekat dengan
mereka. Sentiasa bersama mereka, melindungi mereka dan mengawasi mereka dari mara bahaya. Tapi mampukah
kita?
Mustahil sama sekali. Jika kita fikir bila mereka berada dalam pagar
sekolah mereka akan selamat, fikirkanlah masalah pengaruh kawan atau buli yang berlaku disana-sini. Apa lagi
jika mereka diluar pagar.. dimana penculikan kanak-kanak sekolah disebarkan dilaman sosial. Memang kita tidak tahu samada ia benar atau tidak. Tetapi apa kata jika ia benar? Atau jika tidak benar, adakah ia akan menjamin bahawa ianya
tidak akan terjadi dimasa
hadapan?
Inilah
ujian kita. Samada kita beriman atau
tidak. Sekarang ini manusia lebih menurut logik. Adakah kita percaya
bahawa ada 10 ayat yang kalau dibaca, akan melindungi anak kita dari
fitnah
dajjal? Mana mungkin dengan membaca ayat, kita boleh selamat? Itulah
ujian kepercayaan atau ujian keimanan. Orang beriman tidak akan menunggu
logik
membuktikan itu dan ini secara saintifik baru mereka mahu beriman.
Dimana-mana ceramah, saya selalu ceritakan apa yang berlaku pada anak
saya
disekolah dan bagaimana dia dilindungi dari mereka yang tidak
sepatutnya. Tiada kekuatan saya untuk mengawas dia di sekolah sana. Saya
balikkan ia
kepada amalan surah al Kahfi setiap Jumaat. Allahu Wakeel, Allahu Hafiz.
Dialah yang melindung dan menjaga.
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari
Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq."
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)
Masih belum terlambat untuk membacanya dengan
anak-anak jika belum melakukannya lagi hari ini. Jom kita al Kahfi. Ingatlah di akhir zaman nanti satu muka surat surah Al-Kahfi akan hilang dalam al Quran jadi hafallah surah ini.
Tips
untuk meringankannya
menjadikan amalan setiap Jumaat, saya sarankan untuk menghafal ayat 10
tersebut dengan selalu memperdengarkannya kpd anak. Sudah biasa
didengar,
barulah ajak mereka menghafal. Jika pergi bercuti kemana-mana, mudah
untuk membacanya jika kita bercuti pada hari yang jatuh hari Jumaat
tanpa perlu
mencari al Quran.
Ulasan