Anak Tak Mahu Bangun Ke Taska & 10 Cara Dan Adab Mengejutkan Anak Dari Tidur
Persoalan ini saya jumpa di wall FB Prof Dr. Rozieta Shaary. Tentang cara atasi anak yang tidak mahu bangun pagi dan tidak mahu taska. Tetapi apabila sudah ke taska, terus berubah jadi gembira dan riang bermain bersama kawan. Anak yang berusia 4 tahun sukar diuruskan waktu awal pagi, tidak mahu mandi dan pakai pakaian taskanya.Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk
masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang
akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita
bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun
apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci
jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Jawapan oleh Prof Dr Rozieta seperti berikut:
Menghantar ke Taska itu adalah rutin baru dimana dia kena bangun
pagi. Apa kata puan kaji sleep pattern dia dan suaikan dengan rutin baru
supaya dia lebih senang bangun pagi. Anak yang ‘night person’, memang
akan meragam bila kena bangun pagi. Oleh itu, kita perlu berlembut
semasa membangunkan mereka dan semasa memperkenalkan rutin kena bangun
pagi itu. Pastikan dia tidur awal. Itu akan membantu.
Selain itu sebelum tidur, bercerita dengannya akan betapa seronoknya
esok bila nak jumpa kawan-kawan. Setiap hari cipta sesuatu bersamannya
yang dia akan menyebabkan dia ‘look forward’ – teruja untuk ke taska.
Contoh, you beli muffin untuk dia berkongsi dengan kawan-kawannya dsb.
Something that he will look forward to. )Sesuatu yang dia tidak sabar
untuk ke Taska). Jadi, dia yang akan bangun pagi tanpa dikejutkan atau
bila kejutkan, puan boleh ingatkan dia ‘surprise’ yang dia hendak bawa
ke taska hari itu.
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang
masih bayi, kanak – kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak
yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya
perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan
menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan
lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk
menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan
minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
9. Selepas anak tu mandi dan siap berpakaian beri pelukan kasih sayang supaya anak itu rasa dihargai.
10. Jika berkesempatan hantarkan anak itu menaiki bas atau van sekolah dan lambai la padanya sehingga hilang pandangan mata.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.
Ulasan