KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD
Perkongsian dari rakan FB tentang hebatnya mengamalkan solat Tahajud. Jom kita semua lakukan kalau boleh start malam nie jugak. Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya....
Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini
berkenaan keajaipan solat Tahajjud, saya beristhfar terlebih dahulu agar
di ampunkan dosa-dosa saya bercerita hal ini.. saya benar-benar ingin
memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan
kekuasaan Allah swt, saya bukan nak riak. Semoga Allah mengampuni
dosa-dosa saya.
Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka'abah. Waktu itu, saya telah
lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40
tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala
perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun
2011 saya dapat menjejaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak
bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau
untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu saya tiada. Namun
sebagai satu usaha saya lazimkan diri mendirikan solat tahajjud.
Suatu pagi.. selepas saya bertahajjud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa
dengan airmata mohon agar Allah permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas
berdoa saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut
saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata "Cikna
pergilah dalam bulan september".. Saya terjaga dari tidur apabila azan
subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya
puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari. MasyaaAllah.. saya
maklumkan pada anak sulung tarikh tersebut dan beliau terus menempah
tempat untuk saya ke Tanah Suci dan masa yang sama Allah murahkan rezeki
buat keluarga saya. Buat pengetahuan anda semua, Allah telah menjemput
saya menjadi tetamunya bukan saja tahun 2011 malah setiap tahun sehingga
kini.. Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah telah menyediakan ruang
pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam Allah membuka pintu
seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan
berdoa dan meminta kepadaNya. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia
KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah
sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa
yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta
kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon
ampun dariku nescaya Aku ampunkan?" (HR Muslim)
Ulasan