Percutian akhir tahun persekolahan merupakan saat yang ditunggu dan menggembirakan terutama kids. So mmg this year kami decide nak khatankan abang haikal. So ayah register dekat khatan perdana masjid besi at least adelah moment menarik untuk dijadikan memori dan kenangan bila dewasa nanti :D.
Dewan
Sheikh Daud al-Fathoni, MTMZA telah menjadi saksi kepada anak-anak
Putrajaya khususnya dan luar Putrajaya yang menyertai program khatan ini
seramai 100 lebih orang yang terdiri dari umur 5 tahun ke atas. Ini merupakan program khatan yang pertama diadakan sejak masjid ini mula beroperasi pada tahun 2009.
Tujuan
program khatan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada
anak-anak tentang kepentingan menjalankan perintah Allah swt, mengetahui
kebaikan dan manfaat daripada berkhatan seterusnya dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara masyarakat di Putrajaya ini.
Mula2 time tiba tu memang muka haikal nampak takut dan berdebo2. Then dah lama tu dia cam dah ok sampai tak sabar tunggu turn.
Semua kids termasuk haikal yang terlibat pastinya akan sentiasa terkenang dan menjadi suatu memori
manis dengan acara mandi beramai-ramai di perkarangan bawah masjid.
Masa dah sampai turn memang SubhanaAllah macam dengar orang kana seksa. Ada meraung2 nangis...menjerit2....Haikal masa kena bius dia merengek seket then die ok. Sampai die cakap nape diorg menjerit2 tu konon cam kuat sangat ler tu...Apepun syukur alhamdulillah semua dah selesai dan berjalan lancar. Siap nenek...mak sedara..bapak sedare...n cousin datang bg support dapat duit lak lagi...sonok eh berkhatan.....
Program yang dilaksanakan ini telah mendapat kerjasama dan
sokongan padu daripada para doktor pakar seramai 5 orang dan 20 orang
doktor lain serta 40 orang pembantu perubatan yang mereka adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya.
Tidak dilupakan juga kepada agensi kerajaan dan swasta yang menjayakan
dan memeriahkan lagi program ini iaitu Jabatan Bomba Putrajaya,
Perbadanan Putrajaya dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.
Turut memeriahkan dan menyerikan lagi program Khatan pada kali ini iaitu Kiosk Medical Check up
dan pemeriksaan gigi secara percuma dan pameran kesedaran Gaza. Tidak
terlepas juga, satu Ceramah Kesihatan telah diadakan yang bertajuk “Annakku di Ambang Remaja” yang disampaikan oleh Dr. Fatimah bt. Mustafah, Pakar Sakit Puan Hospital PakarAn-Nur Bangi.
Ulasan