JIKA RASA 'TAK BEST' KERANA 'TAK NGAM' DENGAN ANAK, MUDAH-MUDAHAN TIPS INI BOLEH MEMBANTU .


Pernah tak anda tengok anak dan hati meronta-ronta, tertanya-tanya 'kenapalah anak aku ni tak bonding dengan aku?' Dengan orang lain dia boleh banyak cakap, boleh terkekek-kekek bergurau senda. Tapi dengan kita, kita cakap sepuluh patah dia jawab sepatah je.
'Sedihnya...'
Itulah antara yang diluahkan oleh ibu bapa, peserta Seminar ADHA ('Allah Dalam Hati Anakku'). Setiap kali seminar pasti akan ada yang meluahkan hal yang sama.
Memang sedih tuan-puan. Siapa yang tak sedih. Bayangkanlah anak darah daging sendiri..yang duduk dalam rahim kita, dibawa bersama ke mana-mana selama 9 bulan lamanya..yang kalau kita jalan tu punyalah hati-hati takut terlanggar bucu meja, takut tergelincir jatuh. Kalau makan, fikir banyak kali berkhasiat ke tidak untuknya yang berkongsi sama dengan kita.
Allahuakbar, sekarang nak dengar dia cakap-cakap dengan kita pun susah.
'Anak saya memang tak nak dengan saya, Dr' cerita seorang ibu yang menemui saya selepas tamat seminar. Orang lain sudah pulang, tapi puan ini masih stay kerana ingin bertanya secara lebih personal tentang anak perempuannya yang berumur 6 tahun.
Sedih saya dengar.
'Maaf puan kalau saya bertanya, puan ada spend 'fun time' dengan anak?'
Jawapan beliau, lebih kurang begini: 'Macamana saya nak buat, Dr. Saya baru cakap sikit, dia dah buat perkara yang buat saya geram. Ada saja perangainya yang buat saya marah'
Mendengar luahan hatinya, saya amat memahami. Terutamanya kita -para ibu- sebenarnya banyak yang kita perlu 'hadap'. Tugasan di pejabat yang banyak yang menyebabkan bila kita balik rumah..bateri tenaga tinggal 20%. Balik rumah dengan mainan yang bersepah dari dapur sampai ke ruang tamu. Belum sempat merehatkan badan, terus bergegas menguruskan kerja-kerja di rumah yang menanti..dengan masaknya, mandikan anak. Mengajar anak solat dan mengaji pun kita juga. Sat lagi lepas makan malam kita nak jadi cikgu pula..mengajar anak membaca, nak tengok kerja sekolah mereka.
Itu yang kadang-kadang, apa yang anak buat menyebabkan kita cepat naik darah. Sebab kita dah penat sedangkan masih banyak tugasan yang perlu dilakukan.
'Its ok puan. its normal'
Kerana kita juga manusia, makhluk yang lemah. Yang tenaga dan kesabaran ada hadnya. Kita bukan robot yang boleh buat semua perkara tanpa rasa nak marah. Kita bukan malaikat yang sentiasa baik dan tidak buat salah.
We are human. All we need to do is to try to improve.
Saya teringat satu waktu yang mana perangai yaya memang selalu buat saya marah. Bayangkanlah, nak suruh mandi pun berperang. Bila saya minta dia berhenti tengok kartun, dia buat-buat tak dengar. Cakap sekali dua tak jalan. Pandai menjawab pula tu. Mama dah jadi singa jadian baru nak ikut cakap.
Ia berlaku sebelum saya mengamalkan Teknik ADHA. Masa itu, hati mama ni memang selalu 'panas' dengan karenah si anak. Ada saja yang tidak kena di mata saya. Allahuakbar, akhirnya saya sendiri yang stress.
Hinggalah satu hari, saya browse gambar-gambar lama. Gambar dan video yang dirakamkan sewaktu kami sekeluarga menetap di New Zealand. Yaya waktu itu setahun, dua tahun. 'Allah..comelnya dia. Suaranya pun cute aje bila bercakap'
Allahurabbi, tiba-tiba bergenang air mata. 'Anak yang aku asyik rasa nak marah ni lah dulunya anak yang buat aku ketawa bila balik rumah selepas seharian pening kepala dengan kajian PhD'
Bayangkanlah..satu hari sepala serabut. Tapi buka je pintu rumah..hilang semua serabut tu. Terus boleh senyum sampai telinga bila tengok dia terkekek-kekek berjalan menuju ke kita.
Dialah yang menghiburkan kita dengan cakap-cakapnya yang masih sepatah dua sehinggakan setiap hari ada saja yang buat kita tergelak dengan vocab barunya yang kadang-kadang betul kadang2kan lari habis. Macam yaya, sampai sekarang saya ingat..dia pernah panggil elephan dengan 'evina'. Hehe kan lain beno bunyinya tu. Tapi itulah yang buat saya suami isteri terkekek gelak dan ingat sampai sekarang.
Waktu dia baby lagi best. Bayangkanlah..dia berak, dia kencing pun boleh buat kita ketawa. Apataknya, kita tengah tukar pampers dia..dia bagi tangan kita 'hadiah' hehehehe. Itu yang selalu tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak.
Waktu itu semua dari anak adalah kebahagiaan.
'and she is my same daughter in front of me now'
Allahuakbar, tak tahu nak cakap macamana sedihnya waktu itu. Perasaan kasih dan sayangkan anak meluap-luap waktu itu juga. Terus saya pergi kat yaya, peluk dia dan cium dia berkali-kali. "Ni la anak mama kat New Zealand dulu"
Hehe sejak itu, dalam office saya di sana sini ada gambar yaya semasa kecil.
Alhamdulillah, Allah bantu saya sehingga sekarang saya takde masalah ini lagi. Setiap hari walaupun ada masanya saya 'hot' dengan anak, tapi lebih banyak masanya kita tergelak bersama sambil borak-borak tentang banyak perkara. Guling-guling sama-sama sambil dia mengusik kita dan buat kita ketawa dengan lawaknya.
Tips inilah yang ingin saya kongsikan. Tips mudah tapi mashaAllah sangat membantu untuk menjernihkan hubungan kita dengan anak, merapatkan bonding sehingga setiap hari adalah kebahagiaan dan keseronokkan hidup berkeluarga.
1. Kalau ada gambar atau video yang dirakam semasa anak kecil (baby, umur 1-2-3 tahun), jenguk-jenguklah sekali sekala. Anda pasti terimbau keseronokkan, kebahagiaan dan keriangan waktu itu dan mudah-mudahan perasaan itu hadir semula saat kita melayan karenah anak-anak saat ini. Kerena merekalah anak-anak yang sama yang dahulunya membuat kita tak kering gusi dengan telatah comelnya. Letak gambar itu di office, di bilik tidur.
2. Bila perasaan 'sayang anak' itu hadir, dekati anak dan lakukan 'fun activities'..semudah geletek anak sampai dia ketawa tak kering gusi, main lumba lari dan biarkan dia yang menang, ajak anak makan ais krim kat tepi taman permainan, duduk di sebelahnya..menikmati aiskrim sambil borak-borak.
3. Selalu berborak dengan anak..sambil 'landing' atas katil atau duduk bersama berehat di sofa. Borak-borak yang bebas dari unsur-unsur bebelan, marah, teguran, leteran hehe. Biar ia menjadi borak-borak yang menyeronokkan tentang apa saja. Tipsnya ialah tanyakan anak topik yang dia suka untuk bercerita. Mungkin pemain bola kegemaran anak, atau kawannya di sekolah yang kelakar atau rumah impiannya di syurga. Layankan saja dan beri respond yang beriya sikit seolah-olah cerita anak itu sangat menarik "Iya? lepas tu apa jadi?"...dan..ehem..paling penting pastikan bebas dari unsur-unsur bebelan, marah, teguran, leteran dan yang sewaktu dengannya hehe.
4. Sekali skala tulis 'surat cinta' untuk anak. Gunakan bahasa yang anak mudah faham. Macam anak saya yaya, simply 'To yaya. Mama sayang yaya' then ada gambar love, gambar bunga dah jadi dah. Nanti dia pula bagi kita 'surat cinta' versi dia..siap ada gambar kita satu keluarga berpegangan tangan hehe.
5. Bila doa selepas solat, kalau anak solat dengan kita atau berada di sebelah kita..katakan 'thank you Allah..bagi mama anak mama yang baik, yang soleh solehah, yang comel sangat, yang pandai, yang buat mama happy. Thank you Allah'. Ini sebenarnya salah satu element dalam Teknik ADHA dan ada peserta yang berkongsi cerita yang mananya beliau melakukan doa seumpama ini dan anaknya menangis terharu selepas selesai ibunya berdoa.
FB: Dr Siti Ujila Official
31 Disember 2015

Ulasan

Raihanah Ahmad berkata…
thanks atas tips ini
Acuyuhan berkata…
hi, menarik taw perkongsian ni. btw done follow, follow me back :)

Catatan Popular