Sambutan Hari Wilayah Vs Ibu Krisis identiti



Hari Jumaat baru nie lepas balik dari sekolah then before siap2 untuk ke kafa Haikal ikut ayah solat Jumaat, Dania menyanyi2 lagu Wilayah Persekutuan al maklumlah budak wilayah lahir pun kat Wilayah Putrajaya. So ibu pun tanye " Dania ingat ye lagu wilayah?" Dania jawab "mestilah ibu kt perhimpunan mesti nyanyi lagu ni dengan lagu negaraku dan lagu sekolah cikgu cakap Isnin nie cuti Hari Wilayah betulkan ibu" Ibu jawab "ermmm......" :D

MAJU DAN SEJAHTERA
INILAH WILAYAH BUMI YANG BERTUAH

MAJU MEMBANGUN DIJULANG MEGAH
AMAN SENTOSA DISEPANJANG MASA
TEGUH DISEMAI SENTIASA

MEMBARA SEMANGAT SETIAP WARGANYA
CERGAS MINDANYA SEMANGAT WAJA
PADA WILAYAH DITUMPAH SETIA
HORMAT HORMATI PENUH MESRA

BERSATULAH
BERBAKTILAH
SEMUA WARGA WILAYAH

SAYANGI
LINDUNGI
SEPENUH JIWA RAGA

KITA JAGA KEHARMONIAN SEMUA
MAJU SEJAHTERA
WILAYAH PERSEKUTUAN


Dania tanya lagi "Ibu, dulu masa kecik ibu sekolah kat Terengganukan?"
Ibu: "Mestilah ibukan orang Terengganu"
Dania: "OOoo macam mana Lagu Terengganu Ibu?"
Ibu dengan confident menjawab nyanyiannya macam nie:

"Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...." sampai ke sudah duk repeat senikata yang sama hahahah. Dania dengan muka blurrr cakap " yeker ibu camtu...takkanlah..." sambil berlalu masuk bilik on Pc. Aduii budak sekarang.......Rupanya dia buka youtube search lagu Terengganu. Then dia panggil "Ibu...ibu tengok nie ...dengar macam nielaah lagu Terengganu"


Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Ibu: "Ooo aaa ibu lupalah nia...." hehehehee
Dania: "Tulah lagu ibu nyanyi tadi cam pelik jerr tu bukan lagu Happy Besday ker"
Ibu: "Ibu confused tadi nia" heheeheh
Dania: "Ibu nie betul ker orang Terengganu?"
Ibu: ??????? sambil tersengihhhhhh..............



Hahahaha kan dah terkena dengan anak sendiri. Memang sebelum nie kalau time cuti orang tanya tak balik Terengganu ker. Aa... aa nak balik Besut nanti mesti mention nama tempatnya orang yang tak tau pun jadi tau. Kalau orang tanye lagi tak balik Kelantan ker. Saya bukan orang Kelantan saya tinggal kat Besut memang akan mention Besut itu tanpa memberitahu negerinya di mana hihi...Besut kan republikk......kah..kah...kah...

Moral of the story jangan lupa Negeri Tempat Tumpah Darahku...heheheh


Ulasan

At-Tarmizi berkata…
Salam...

jemput join segmen pertama bagi blog saya ni~ :)

http://seronoknyermelukis.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-seronoknyermelukis.html
Dkna Abza berkata…
Selamat bercuti... Jom bawak anak mandi kolam.
Akula berkata…
monadi kolam mana tu
Akula berkata…
ok nnati saya join segmen ni
http://seronoknyermelukis.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-seronoknyermelukis.html
Abam Kie berkata…
anak2 skrg meme cerdik. abe kie folo blog ni deh? no 140. tq
Akula berkata…
abam kie done follow u too

Catatan Popular