Kalau Jadi Huffaz Nak Keja Ape Pulak Nanti

Ramai hufaz yang berjaya dalam bidang profesional dan boleh diketengahkan kepada orang ramai. Kenapa? Kerana saya mahu mengubah persepsi ramai ibubapa diluar sana tentang penghafal al Quran.

 

Saya mahu ubah minda ramai yang bertanya.


-- Kalau hafal Quran nak kerja apa nanti?
-- Ada ke orang nak kat anak engkau kalau kerjanya hafal Quran je hari-hari?
-- Mereka-mereka ni jadi tok siak, imam masjid, tukang baca doa jelah nanti
-- Kasihan anak-anak yang menghafal alQuran, mereka tentu punya masalah emosi.


Manusia itu berbagai ragam. Usaha mendidik anak  adalah mengikut kepercayaan ibubapa itu tentang keperluan masa depan anak itu nanti nanti.

 

Ada yang serba salah untuk menyingsing lengan dalam mendidik anak menghafal al Quran kerana pada fikiran mereka, ianya mungkin akan menyebabkan anak itu ketinggalan dalam kejayaan duniawinya. Tidak boleh disalahkan mereka kerana dunia yang satu lagi iaitu dunia penghafal Al Quran yang berjaya secara profesionalnya tidak terbuka atau tidak sampai kepada mereka.

 

Dengan sebab itulah, saya berusaha untuk mengetengahkan adik beradik berlima yang kesemuanya hufaz al Quran 30 Juzuk dan juga punya kerjaya profesional didalam seminar "Professional Quranic Masterplan". 

Jika anda tahu ada sesiapa yang skeptikal atau ragu dengan masa depan penghafal alQuran, saya mohon war-warkanlah kepada mereka. Atau mungkin kita sendiri hadir diseminar ini dan kemudian kita sebarkan kepada orang lain. Boleh juga..


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ipnprofazz.com/

Ulasan

Catatan Popular