DOA DAN TIPS KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA

Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik tapi sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga.


Berikut adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

AMALAN-AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN SEBELUM TEMUDUGA

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT – TURUT : JAM 12 MALAM

Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah
: Baca Ayat Qursi : 3 kali
: Baca Surah Al – Kaafirun : 3 kali

Rakaat Kedua : Baca Surah Al – Fatihah
: Baca Ayat A Manar Rasul (1 kali)
: Baca Surah Al – Ikhlas (5 kali)

Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali, Secara Qosad dalam hati :
: Baca Astaghfirullah Hal A’azim.. : Istighfar panjang (3 kali)
: Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis (3 kali)
: Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis (3 kali)
: Memohon restu Illahi :
Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA TEMUDUGA

  • Baca ayat 21 hingga ayat 24 surah Al Hasyr (1 Kali)
  • Baca ayat 9 surah Yasin : waja ‘alna…. (3 kali)
  • Baca surah Al Insyirah : Alam Nasyrah…. (3 kali)
  • Baca 4 qul : Al Kafirun > Al Ikhlas > Al Falaq > An Nas
  • Baca doa penerang hati + mukaddimah + penutup doa


  • DOA KETIKA MENGHADIRI HARI TEMUDUGA

    Semua orang akan alami perasaan gugup, cuak, sakit perut, kejap-kejap masuk tandas dan macam-macam lagi. Ana pun sama jugak. Memang, kalau nak temuduga, macam-macam perasaan ada, tak kira la macam mana kita bersedia.

    1. Sebelum masuk temuduga, semasa tunggu nama anda dipanggil masuk, bacalah al-Fatihah.

    2. Baca ayatul Qursi

    3. Baca Ayat 1000 Dinar




    4. Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir’

    Semoga bermanfaat.


    DOA SELEPAS TEMUDUGA

    Selepas temuduga, banyakkan berdoa dan solat hajat agar berjaya mendapat karier yang diidamkan. 

    Banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Anda usaha sebaiknya, Allah yang menentukan. Jika pekerjaan yang diminta sememangnya baik untuk anda, InsyaAllah, anda akan dapat pekerjaan tersebut.



    Sumber: Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview Terbaik.


     

    Ulasan

    Catatan Popular