Surah An-Nahl : Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak


Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada Founder Al Fateh Homeschooling. InsyaAllah moga boleh jadi reference buat parents. Lebih kita share agar lebih meluas kelebihan bukan hanya pada anak2 kita tapi pada semua generasi. Sebab kita hidup bukan lama generasi anak2 kita yang akan mentadbir suatu hari nanti insyaAllah. Moga pentadbiran gaya Al Fateh diteruskan dan peradaban Islam makin utuh dan kental.
Teruskan membaca.



Menerapkan tauhid kepada anak.

  • Didik secara berperingkat
  • Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt
  • Kemudian perkara berdasarkan logik
  • Kemudian barulah perkara ghaib
  • Mulakan tajuk kecil dan mudah
  • Disusuli dengan tajuk yang lebih besar
  • Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil

Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik:
(Rasa)
  • Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10)
(Rasa)
  • Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (yummy :D). (An-Nahl, ayat 11)
(Rasa)
  • Allah swt ciptakan malam dan siang, matahari dan bulan untuk menetapkan waktu supaya kita lebih mudah hidup di mukabumi. (An-Nahl, ayat 12)
(Rasa)
  • Allah swt pelbagai jenis benda hidup, ada haiwan, ada manusia, ada kulit putih, ada kulit hitam supaya kita saling melengkapi dan saling mengingati. (An-Nahl, ayat 13)
(Rasa)
  • Allah swt jadikan laut yang penuh dengan sumber makanan, ekonomi dan sosial supaya kita dapat memanfaatinya. (An-Nahl, ayat 14)
(Logik)
  • Allah swt jadikan gunung-ganang untuk mengurangkan kesan angin kuat, hujan lebat dan sungai-sungai dan jalan-jalan antaranya sebagai penunjuk arah. (An-Nahl, ayat 15)
(Logik)
  • Allah swt jadikan tanda alam sebagai penunjuk arah seperti bintang di langit pada waktu malam. (An-Nahl, 16)
Nota: Apabila logik, maknanya perlukan kajian lebih sedikit. Maksudnya kajian sains. Perlukan daya fikir anak.

Sumber:: Facebook (Ummu Ilham)
Founder Al Fateh Homeschooling.

Ulasan

Catatan Popular