Petua Mudah Hafaz Al Quran


Allah berfirman:
 

“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”  
(Surah Shaad: 29)
Mengapa Tidak Berjaya Hafal Al-Quran?
 

•Tiada kemahuan.
•Berfikiran negatifdan kurangkeyakinan diri.
•Tidak fokus dalam menghafal.
•Tidak tahu kaedah menghafal yang sesuai.
•Bergelumang dengan dosa.


Petua-petua untuk berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran?
Ikuti 22 petua



1. Niatyang Ikhlas
•Menghafal dengan mengharapkan redha Allah ta’ala.
•Menghafal al-Quran adalah ibadah, maka tidakseharusnya ia dilakukan kerana selain Allah ta’ala.
•Di antara orang yang awal masuk Neraka adalah orang yang melazimi al-Quran dengan niat yang tidak ikhlas.

2. Mulakan Sekarang
•Menghafal al-Quran satu ibadah yang mulia yang tidak sewajarnya ditunda-tunda.
•Mulakan usaha menghafal daripada sekarang.
•Semakin awal mula menghafal, maka semakin cepat hafal 30 juzuk al-Quran.

3. Jangan Putus Asa
•Dalam usaha menghafal, syaitan akan berusaha untuk menggagalkan usaha kamu.
•Ingatlah, disebalik kesusahan itu ada ganjaran yang amat besar.
•Hafal al-Quran, bukanlah usaha sia2. Ia pelaburan yang dijamin keuntungannya di akhirat kelak.


4. Sediakan Masa
•Sediakan waktu khusus menghafal dalam sehari. Seperti mana kamu sediakan waktu khusus untuk makan malam, mandi dan tidur.
•Jadikan menghafal sebagai rutin wajib kamu, bukannya perkara yang dibuat ketika masa lapang sahaja.

5. PilihSahabat
•Sahabat mempengaruhi hidup kamu, justeru itu pilihlah sahabat yang dapat membantu kamu dalam menghafal dan mempunyai matlamat sama seperti kamu.
•Jauhi atau kurangkan bergaul dengan orang-orang negatif dan melemahkan semangat kamu untuk menghafalal-Quran.

6. Jauhi Maksiat
•Al-Quran adalah cahaya. Maksiat adalah dosa dan kegelapan. Tidak akan berhimpun kedua-duanya dalam satu tempat.
•Bergelumang dengan dosa, akan memadamkan cahaya al-Quran yang berada dalam hati dan membuatkan seseorang terlupa hafalannya.
•Banyakkan istighfar dan bertaubat.

7. Berdoa Kepada Allah
•Al-Quran adalah kalam Allah, ia adalah wahyu daripada Allah.
•Untuk menyerap dan menanamkan dan menyuburkan wahyu Allah dalam jiwa kamu, maka berdoalah kepada Allah.
•Perbanyakkan doa pada waktu yang mustajab seperti hari Jumaat, antara azan dan iqamat.

8. Tetapkan Tempoh
•Bila kamu mahu habis menghafal 30 juzuk al-Quran?
•Ada orang dapat selesaikan hafalan dalam masa 1 tahun, ada 3 tahun, ada 5 tahun.
•Tetapkan tempoh kamu ingin selesai, sesuai dengan kemampuan kamu.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya seorang yang tidak ada sedikitpun al-Quran dalam hatinya adalah seperti rumah roboh.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/155)

9. Buat Jadual Hafalan
•Selepas tetapkan tempoh yang kamu perlu untuk habiskan hafalan al-Quran, buat jadual dan kira-kira.
•Misalnya,
Habis menghafal dalam masa 15 tahun.
Harus hafal 2 juzuk setiap tahun.
Bulan Januari-Mei, hafal 1 juzuk, bulan Jun untuk mengulang.
Bulan Julai-November, hafal 1 juzuk, bulan Disember mengulang.
1 minggu1 muka surat. Isnin-Jumaat menghafal, Sabtu dan Ahad mengulang.

10. Utamakan Kualiti
•Utamakan kualiti hafalan berbanding cepat habis hafalan.
•Yang penting bukan berapa cepat kamu hafal, tetapi sejauh mana kualiti hafalan al-Quran kamu.
•Pastikan kamu menghafal dan membaca ayat atau surah hafalan mengikut hukum tajwid yang betul.

11. Bersederhana
•Untuk berjaya hafaz al-Quran, tidak boleh terlalu manjakan diri dan tidak boleh terlalu memaksa diri.
•Bersederhanalah dan jangan terlalu memaksa diri dalam menghafal, misalnya mahu hafal banyak dalam satu masa.
•Terlalu memaksa diri, bimbang kamu akan tewas di tengah jalan dan patah semangat.

Allah berfirman:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”(Surah al-Israa’: 82)

12. Hafal Waktu Pagi
•Menghafal pada waktu pagi adalah lebih baik dan lebih mudah meresap dalam jiwa seseorang.
•Boleh memilih sama ada menghafal sebelum atau selepas subuh. Mana-mana waktu yang kamu rasakan sesuai. Boleh juga memperuntukkan dua masa itu untuk menghafal.

13. Berguru
•Menghafal al-Quran dengan berguru.
•Tidak semestinya kamu menghafal di depan guru setiap masa. Yang penting kamu ada guru untuk semak hafalan kamu.
•Terkadang menghafal sendiri, seseorang mudah terdedah kepada kesilapan tanpa disedari.

14. Gunakan 1 Mushaf
•Sediakan satumushafkhususuntukmenghafaldanjanganbertukar-tukarmushaf.
•Gunakan1 mushafituuntukkamuhafalkesemua30 juzukyang kamuinginhafal.

15. PerbaikiTajwid
•Ilmu tajwid dan al-Quran tidak dapat dipisahkan.
•Ilmu tajwid adalah ilmu untuk menjaga seseorang daripada melakukan kesilapan saat membaca al-Quran.
•Pastikan kamu faham dan kuasai ilmu tajwid dengan betul.

16. Ulang Hafalan
•Bila kamu hafal surah, ayat hari ini jangan terus senyap hingga malam. Ulang hafalan kamu.
•Kaitkan atau ulang hafalan baru dengan hafalan lama.
•Ulang hafalankamu setiap kali selesai solat sebanyak 2 kali. Bila kamu hafal waktu subuh atau pagi, sebelum tidur hafalan kamu sudah jadi semakin kuat.

17. FahamiTopik
•Ayat al-Quran mempunyai topik yang tertentu.
•Bila kamu hafalayat al-Quran, pastikan kamu tahu ia membicarakan tentang apa.
•Satu cara agar menghafal lebih mudah, bahagiakan surah mengikut topik, agar lebih jelas dalam ingatan kamu.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Pada hari Kiamat kelak) akan diseru kepada ahli al-Quran: “Bacalah dan teruslah naik, bacalah dengan tartil seperti yang engkau telah membaca dengan tartil di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca!” (Musnad Ahmad, 11/404)

18. TulisAyat
•Salin dan tulis ayat yang kamu hafal.
•Dengan menulis, ingatan kamu terhadap sesuatu ayat itu akan lebih kukuh berbanding membacanya sahaja.

19. Dengar Bacaan
•Cara lain kuatkan hafalan adalah dengan dengar bacaan al-Quran.
•Dengar bacaan al-Quran dari pada mp3 al-Quran, rakaman daripada Qari terkenal atau rakaman suara sendiri.
•Mendengar adalah kaedah mengulang yang santai. Boleh juga minta orang lain bacakan al-Quran untuk kamu.

20. Baca dalam Solat
•Di antara waktu yang terbaik dalam mengulang dan mengelakkan lupa adalah dengan baca surah dan ayat kamu telah hafal dalam solat.
•Sekiranya kamu terlupa ketika solat, pastikan kamu ingat masalah itu dan rujuk mushaf sebaik sahaja kamu selesai solat dan perbaiki hafalan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu digandakan sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/153)

21. Hidupkan Al-Quran
•Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk hidup dan menjadi panduan, justeru amalkan al-Quran.
•Jangan jadi seperti burung kakak tua yang cuma mengulang kata-kata orang, tetapi tidak memahami dan tidak mempraktikkan.
•Al-Quran yang diamalkan menjadi lebih kukuh.

22. Ajarkan Al-Quran
•Ajar al-Quran kepada orang lain, bila kamu sudah menguasainya.
•Mengajarkan orang lain al-Quran termasuk dalam sebaik-baik usaha.
•Mengajarkan al-Quran akan menjadi ilmu yang bermanfaat yang tidak putus ganjaran pahalanya setelah meninggal dunia.


22 petua ini mungkin nampak simple‟, tetapi jika diamalkan 22 petua yang telah dikongsi, dengan izin Allah, pasti usaha menghafal al-Quran akan menjadi lebih senang dan teratur.

Ulasan

Catatan Popular