Langkah Demi Langkah Cara Homeschooling Anak
1. Perkara asas yang saya letakkan pada anak saya adalah al Quran. Didik Al Quran dari bayi. Jika ketika menerima emel ini, anak Dalina sudah tidak kategori 'bayi' lagi, jangan patah semangat. Kaedah ini efektif untuk umur apa sahaja.
Apa
yang penting kita tidak mahu sia-siakan lagi waktu mereka membesar
seterusnya itu. Bermulalah sekarang. Masa tidak menunggu kita. Ada yang telahpun memasuki dan memenangi pertandingan hafazan dengan kaedah ini.
2.
Bermulalah dengan memperdengarkan surah pendek, contoh 30 surah
terakhir Juzuk 30. Surah pendek-pendek. Diperdengarkan secara
berulang-ulang.
Tidak
disarankan memasang ayat al Quran 30 Juzuk seluruhnya kerana ianya
nanti akan tiada proses pengulangan yang dapat dikesan oleh anak. Maka yang terbaik, adalah dengan memperdengarkan surah yang sama atau beberapa surah terpilih diperdengarkan berkali-kali.
3.
Jangan campur adukkan dengan memperdengarkan muzik dan lagu yang
melalaikan. Ibarat minyak dan air, ianya sukar bercampur dan susah pula
untuk diminum. Ia
akan menjadikan alunan al Quran itu hambar pada telinga mereka. Jika
kita mahu memperdengarkan lagu-lagu nasyid yang mempunyai muzik, boleh menunggu sekurang-kurangnya setelah mereka menghafal 1 juzuk atau lebih. Jika tidak, ia akan menyukarkan hafalan mereka.
4.
Kurangkan bermain games dan menonton TV. Kedua-duanya sangat mencuri
masa dan boleh membuatkan ketagihan atau punca anak membuat perangai. Jika
anak Dalina sudah terbiasa dengan salah satu masalah ini, kuatkan minda
dan cekalkan hati untuk mengurangkan pendedahannya kepada anak. Tiada siapa yang boleh menyelesaikan ketagihan kedua-dua ini selain ibubapa itu sendiri.
Cara saya, saya berikan 20
minit bermain games jika dia menghafal satu musyaf (muka surat) al
Quran. Ini dapat memotivasikan mereka dan juga tidaklah melenyapkan
minat mereka sama sekali.
Ulasan