Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa
Aku nak berkongsi sedikit tips sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2 bukan satu tanggungjawab yang kecil. Aku ingin kongsi panduan seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah.
Point kedua adalah sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. InsyaAllah
Kita sering mengabaikan masa2 indah penting bersama anak. Waktu di mana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.
Waktu di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka.
Waktu yang paling penting dan terkesan dalam jiwa anak2 yang perlu kita dimanfaatkan:
1. Waktu makan bersama
Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia.
2. Sebelum tidur
Kebolehan otak waktu ini
gelombang alpha dan tetha sangat berkesan menyimpan pesanan di otak
separa sedar dan dilaksanakan. Gelombang ini yang digunakan untuk teknik
hypnoparenting untuk masukkan pesanan di minda anak. Berbisiklah kepada
anak apabila dia hampir tidur.
"Ahmad anak soleh,
Ahmad rajin baca Quran.
Ahmad suka pergi sekolah"
Ahmad rajin baca Quran.
Ahmad suka pergi sekolah"
Ikut situasi.
Tambah beliau lagi (Website myMetro)
bayi berada dalam keadaan alpa ketika mereka ingin tidur. Pada masa ini
apa saja yang dibacakan atau diucapkan akan cepat meresap ke dalam
fikiran mereka. Otak bayi ibarat span yang mampu menyerap apa saja. Oleh
itu sangat penting ibu bapa memperdengarkan bacaan yang positif serta
alunan ayat al-Quran ketika mereka masih bayi.
3. Waktu antara maghrib dan isyak
Untuk bersolat,jika tidak ke masjid bertazkirahlah bersama. Waktu ini anak lihat praktikal solat, mengaji, berhalaqah bersama ibu bapa. Adab dalam jemaah dan lain-lain
4. Momen kehadiran tetamu
Nasihat tidak langsung. Anak belajar bagaimana kita melayan tetamu dan berkomunikasi dengan hormat.
Sumber Facebook: Dr. Anayasmin Azmi
Ulasan