Mengajar Anak Menghargai Barang
Aku rasa semua ibu bapa akan alami problem yang sama bila anak susah mula bersekolah mereka perlu berdikari kerana di sekolah tanpa pengawasan ibu bapa. Hanya guru2 yang memantau tapi tidak sepenuhnya seperti di taska dan tadika. Mereka harus sepenuhnya bertanggungjawab terhadap diri termasuk pakaian mereka dan peralatan mereka bawa seperti beg, buku, dan alat tulis. Dan senario anak membaling pemadam sesama kawan, pensel warna jatuh bertaburan bawaj pulang tinggal kotak pensil warna jer, pensel dan pembaris patah la, pencil case hilang lah macam2 lagi. Jadi sebagai ibu bapa bertabahlah kalau kita terpaksa berganti setiap hari. Kadang2 rasa luluh jugak bila mengharapakn mereka menghargai barangan dan peralatan yang kita bekalkan buat mereka sekolah untuk belajar terpaksa berganti setiap hari. Pada tidak kira sama ada anak lelaki ke atau perempuan ke kadang2 kalau dah namanya budak tengah aktif bende2 camtu tetap hilang dari radar walau ada yang mengatakan kanak2 perempuan lebih cerma menjaga barang.
Jadi di sini aku jumpa tips dari persoalan parents menangani permasalahan ini agar anak2 lebih menghargai apa yang mereka ada bukan hanya peralatan sekolah tetapi juga barang lain2 seperti permainan. So buat parent mungkin ini boleh membantu.
Soalan:
Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya?
Jawapan:
Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak.
Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi. Maka jika ia berlaku anak-anak tidak akan kisah dengan syarat kita.
Contohnya sekiranya kita menyatakan “pensil ni boleh tahan dua minggu, kalau sebelum dua minggu semua dah rosak, ummi tak belikan sebab adik tak cermat…jadi,adik kena jaga pensil ini dengan cermat…”. Jadi, apabila sebelum dua minggu pensil itu sudah rosak, maka kita perlu keraskan hati dengan syarat yang telah kita buat. Memang kita kasihan apabila anak merengek mahu dibelikan barang yang baru, tetapi kita perlu mendidiknya agar belajar dari kesilapannya.
Dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi mendidik anak kita. Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan (ada orang dewasa juga begitu!).
Selain itu, anak-anak melihat kita sebagai contoh, kalau dia melihat ibu bapanya berbelanja boros sesuka hati, tentunya dia juga akan berfikiran begitu. Kadang-kadang, ibu bapa pula yang terlebih-lebih. Anak-anak tidak minta barang itu, tetapi kita yang teruja kononnya sayangkan anak. Jadi, apabila itu adalah barang yang bukan anak kita mahukan, maka dia pun tidak terlalu menghargainya. Sayang anak berpada-pada. Jangan terlalu memanjakan sehingga anak-anak ‘spoil’ atau menjadi tidak matang.
Sumber: kedaiberjaya.com
Ulasan