Blog Bahasa Melayu Dibeli Pada Harga Rm2.65 juta?


Minggu lepas dunia internet dikejutkan dengan penjualan 3 blog Bahasa Melayu pada harga RM2.65 juta. Jumlah yang besar. Pastinya syarikat Rev Asia telah membuat pengiraan mereka sebelum menawarkan harga 

berkenaan.



Ini menunjukkan blog bahasa Melayu pun ada nilai jika dibuat dengan betul. Blog yang terlibat ialah siraplimau, myresepi dan juga kongsiresepi kepunyaan Dua Marhalah Network.








Pendapatan ketiga-tiga blog ini sebelum ini adalah menerusi Google Adsense. Dan mengikut strategi penjualan blog, biasanya harganya 4-5 kali pendapatan bulanan. Sebab itulah harganya RM2.65 juta. Ada pengiraan lain juga seperti nilai domain authority dan sebagainya. Tapi mereka bangunkan ketiga-tiga blog berkenaan bukan dalam masa yang singkat. Bertahun-tahun juga.



Kita juga boleh mencontohi mereka dalam pembangunan blog. Sebab setiap penulisan ada tekniknya. Sebab itulah yang ia mendapat ranking yang baik setiap post mereka tulis.



sumber:Mohd Shamsuriyadi

Ulasan

Catatan Popular