Cerita Hakim di Taska :)
Masa mula2 decide saat akhir hantar Hakim ke Taska tu memang takdelah rasa berat sangat sebab kami tahu Muhammad Danial Hakim nie memang pasti dapat sesuaikan diri dan keinginan dia nak ke sekolah dan belajar. Cuma agak ralat juga pengasuh Hakim sebab kami inform saat2 akhir. Lagipun selama tiga tahun Hakim dijaga oleh Mamanek. Terima kasih sangat Mamanek sebab sudi jaga Hakim. Alhamdulillah memang takda apa2 masalah sepanjang Hakim di bawah jagaannya. Mamanek pengasuh ketiga yang menjaga Hakim yang lain surrender sebab Hakim masa baby suka menangis dan berdukung jadi sapa boleh tahan kalau dia seorang mungkin ok tapi yang lain pun perlukan perhatian juga. So pengasuh yang menjaga Hakim memang sangat penyabar.
First time hantar Hakim ke taska memang dia menangis jugalah siap peluk kaki ayah supaya jangan tinggalkan dia. Tapi lama2 jadi ok mungkin sudah ada kawan dan geng yang boleh gather2 dengan dia lama2 dia jadi enjoy mahu ke sekolah.Alhamdulillah......
Ulasan