Kiamat Semakin Hampir?. Sempat Ke Anak Kita Dewasa?

Ada 2 pendekatan ekstrem ibubapa zaman ini.

Ekstrem pertama : Ibubapa yang menghantar anak mereka ke pondok tahfiz seawal 5-6 tahun. Saya selalu juga menerima panggilan telefon bertanya jika saya tahu mana-mana pusat yang boleh menerima kanak-kanak semuda 2-3 tahun. Mereka bercita-cita untuk anak mereka menjadi Ustaz/Ustazah atau pendakwah.



Ektrem kedua : Ibubapa yang mementingkan akademik. Fokus mereka adalah mengira berapa 'A' anak mereka miliki setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Mereka bercita-cita untuk anak mereka memilih bidang yang popular seperti kejuruteraan, senibina, undang-undang, kedoktoran dll yang menjanjikan kerjaya yang terjamin

Kita ibubapa yang mana satu? 

Bila hanya ada satu ekstrem pun orang sudah mengata. Inikan pula mahu kedua2nya. Saya adalah ibubapa yang ekstrem kedua-duanya. Dulu saya terfikir adakah saya GILA? Adakah mampu saya melakukannya? Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan seseorang yang telah mencapai seperti apa yang saya impikan itu dan telah melalui semua dengan jayanya. Dialah Ibu Nadzrah, Ibu kepada 5 orang Huffaz.

Saya kongsikan 5 orang anak dari ibu yang hebat ini untuk ibubapa lain jadikan inspirasi. Jika dia boleh, kenapa kita tidak? Jangan pandang rendah pada anak kita sendiri. Bayangkanlah anak kita akan menjadi seorang yang berjaya. Titipkan doa setiap hari beserta usaha yang istiqamah. InsyaAllah, ia akan jadi kenyataan. 

1. Aiman Salmi, peguam dan huffaz
2. Syamil Salmi, doktor dan huffaz
3. Irfan Salmi, doktor dan huffaz
4. Farhan Salmi, pengurus dan huffaz

5. Suhayl Salmi, jurulatih motivasi dan huffaz




Sumber: Lina Karim

Ulasan

Catatan Popular