Pokok Liar Yang Dikutip Main Masak2 Zaman Kanak2 Rupanya Penawar DENGGI

Anda pasti tidak menyangka, pokok liar di tepi rumah kita adalah herba kepada penyakit denggi. Dulu pokok ni kuat buat main pondok2 dengan kengkawan potong2 and masak2. Lagi pula warna bunga dia ungu cantik dan kanak-kanak memang gemar petik pokok ni.

Nama saintifik pokok ini memang tidak tahu tidak kira nama biasa ke yang tahu jaman kanak-kanak daulu panggil bunga rumput tapi mak2 dulu cakap rumput sepagi



Rupanya pokok ini mustajab

Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi.

Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.

Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi2 rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.


Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah.
Cara makan: 
1. Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar.
2. Kemudian tapis, dan minum.

Baru jumpa nama sebenarnya sawi langit (Vernonia cinerea)


Sumber:FB

Ulasan

Catatan Popular