10 RAHSIA PENTING KERTAS 2 SAINS UPSR 2019
1. FAKTA SAINS DARI TAHUN 3 KE TAHUN 6 PERLU DIHAFAL
Mengikut kiraan Cikgu dari kertas 2 Sains UPSR dari Tahun 2016 hingga 2019 terdapat jumlah yang berbeza bagi soalan Fakta bagi setiap tahun. Data soalan Fakta adalah seperti berikut:-
⌘ UPSR 2016 – 26 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2017 – 22 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2018 – 22 Markah Soalan Fakta
2. PEMBOLEH UBAH TERDIRI DARI 3 IAITU:

3. TUJUAN PENYIASATAN INGAT “UMHD” PM dengan PB
✎ U – untuk
✎ M – menyiasat
✎ H – hubungan
✎ D – diantara
✎ PM – Pemboleh ubah diManipulasi
✎ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas
g. CONTOH : Untuk Menyiasat Hubungan Diantara bilangan sel kering dengan kecerahan mentol.
✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.
✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali
✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

4. PEMERHATIAN MESTI DIMULAKAN DENGAN “PB”
✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.
✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali
✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

5. INFERENS PERLU ADA ‘KERANA’
⚑ JIKA TIDAK ADA PEMERHATIAN DALAM SOALAN PERLU DIMULAKAN DENGAN PEMERHATIAN
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu paling besar berbanding kolam ikan yang lain KERANA ikan dalam kolam pak abu mendapat makanan yang paling banyak
⚑ JIKA PEMERHATIAN TELAH DIBERIKAN DALAM SOALAN TERUS JAWAB ‘KERANA’
CONTOH: KERANA ikan pak abu kurang persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang
⚑ INFERENS BOLEH RUJUK PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI
6. CORAK ATAU POLA PERUBAHAN CUMA ADA 3 JENIS JAWAPAN
⚑ BERTAMBAH (meningkat/menaik) – ditulis apabila nombor atau pola semakin membesar
⚑ BERKURANG (menurun) – ditulis apabila nombor atau pola semakin mengecil
⚑ SAMA (mendatar) – ditulis apabila nombor atau pola tidak berubah

7. MERAMAL ADALAH BERDASARKAN POLA ATAU FAKTA SAINS
✍ JIKA berdasarkan pola, perlu buat garis nombor
CONTOH : 2, 4, 6, 8, 10, X jadi X adalah 12
✍ JIKA berdasar fakta, Perlu fikir logik dan berdasarkan fakta
CONTOH : ramalkan apa yang akan berlaku jika Bumi di kedudukan Utarid? Jawapan: Semua hidupan akan mati

8. HIPOTESIS ATAU HUBUNGAN guna kaedah ‘H’
✍ Jika PM dan PB mempunyai pola guna Semakin… Semakin
CONTOH : Semakin ▍(POLA) ▍ PM
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Semakin ▍(POLA) ▍ PB
Semakin Bertambah bilangan mentol
Semakin berkurang kecerahan nyalaan mentol
✍ Jika PM dan PB tidak mempunyai pola guna Jika… Maka
CONTOH : Jika ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)
Jika jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah
9. KESIMPULAN juga guna kaedah ‘H’
✍ Jika PM dan PB mempunyai pola guna Apabila… maka
CONTOH : Apabila ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)
Apabila bilangan mentol Bertambah
maka kecerahan nyalaan mentol Berkurang
Apabila jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah
✍ Kesimpulan juga boleh menggunakan inferens sebagai KESIMPULAN UMUM
CONTOH: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

10. Jadual dan Carta Perlu betul kedudukan PM dan PB
✍ Jadual PM di kiri PB di kanan atau PM di atas PB di bawah

✍ Graf atau carta palang PM di bawah PB diatas

Ulasan