Panduan buat mak ayah yang punyai anak Tahun Satu 2020
SEKEJAP sahaja masa berlalu.Anak yang dulunya masih kecil, kini sudah menginjak ke Tahun Satu.Bagi yang sudah pandai membaca, mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah.
Namun, bagi yang masih merangkak-rangkak untuk mengenal ABC, 123 mungkin ibu ayah perlu lakukan sesuatu.Cikgu Matematik, Mohamad Hakim menerusi facebooknya ada berkongsi perkara penting untuk diberi perhatian oleh ibu ayah di luar sana.
Tahun Satu (Matematik)
Jika kalian ada anak yang berada di Tahun Satu bagi sesi 2020, ini adalah sedikit perkongsian untuk anda.
1. Pastikan anak kalian dapat mengenal nombor dari 1 hingga 100 dengan baik.
2. Bantu anak kalian untuk mengeja nombor-nombor tersebut dalam perkataan. Boleh guna teknik nyanyian.
3. Pastikan anak kalian dapat mewakilkan kuantiti dengan nombor yang ada. Mudah kata, anak kalian dapat membilang dengan baik.
4. Membilang 1-1,2-2,5-5,10-10 secara tertib menurun dan menaik. Oh ya, ini juga adalah pengenalan kepada sifir 2, 5 dan 10.
5. Menambah dan menolak hingga 100.
6. Membundar.
7. Mengenal pasti nilai tempat (sa-puluh) dan nilai digit.
8. Mengenal alat pengukur bukan piawai seperti jengkal, langkah dan depa.
9. Menguasai konsep pecahan bagi penuh, separuh dan suku.
10. Membaca jam mudah (2 petang/7 setengah pagi).
11. Membuat perbandingan kuantiti. (lebih banyak, lebih panjang, lebih berat dan lain-lain.)
12. Mengenal nilai wang Malaysia, menambah dan menolak nilai wang (hingga RM10)
13. Penyelesaian masalah mudah.
14. Tarikh, hari, bulan dan tahun.
15. Bentuk-bentuk mudah seperti silinder, kon dan kubus. (dalam subjek sains pun ada)
16. Perwakilan data
17. Istilah separuh, setengah, suku dan penuh bagi isipadu cecair dan kuantiti objek dalam bekas.
18. Abakus dan gundalan
Di atas adalah antara tajuk dan kemahiran yang ada untuk Tahun Satu. Banyak kan?
Paling kurang, sebelum mereka melangkah ke Tahun Satu, pastikan mereka sudah kuasai point 1 hingga 5 dengan baik.
Sambil-sambil itu, tekankan juga berkenaan nilai wang. Ramai murid Tahun Satu yang agak keliru dengan tajuk ini.
SUMBER: Facebook Mohamad Hakim
Ulasan