Tips Agar Air Tidak Memasuki Dalam Rumah Ketika Banjir
Pada mangsa2 banjir & mereka yang duduk dikawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang (kalau ayaq dah masuk dalam rumah baru nak buh.. no use la pulak hehe)
Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda.. dalam gambar tu cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah (agak sesuai bagi banjir yang tak besar dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki )
Peralatan asas perlu ada.
1. Plastik ( paling best plastik biru yg jual kat hardware sebab tebal & murah)
2. Batu bata ( ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)
4. pump ayaq tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih2 lagi diruangan bilik air. )
(submersible water pump yang rege RM150 ke bawah yg ni ..jika ada sangat bagus..tapi kalau tak de pun tak pe jika tak cukup bajet..sebaiknya stdby satu kat rumah jika rumah anda mmg ada potensi naik air..)
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.
Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Jika rumah anda dimasuki air sekalipun ..jangan susah hati
Selepas banjir surut...sila buat tuntutan claim banjir dengan menghubungi syarikat takaful @ insurance rumah anda (bagi yang ada amik perlindungan banjir).
Mereka akan hantar adjuster inspect rumah anda dan in shaa Allah dalam masa 2 minggu pampasan akan dibayar ke acct anda dengan duit pampasan tersebut dapatlah digunakan untuk baik pulih apa yang rosak dan guna untuk kos pembersihan.
Semoga bermanfaat dan kita sama2 berdoa agar Allah swt lindungi kita semua..aamiin
Jika anda ada apa2 pertanyaan tentang banjir boleh hubungi RG untuk khidmat nasihat percuma .sebab RG tiap2 tahun hadap banjir dah hampir selama 10 tahun .hehe
Untuk lebih banyak ilmu ikhtiar hidup yang tak de diajar di university boleh layari www.TutupHutang.Com
Sumber: Radzi Ghani
Ulasan