Scam Kerja Dari Rumah

Saya kongsikan kisah Puan Puteri Nur Ikhwan menceritakan pengalamannya kena scammed pd 6hb Jan 2022. dan telah buat report & berurusan dgn bank yg terlibat.











Pd pertengahan bulan 12, saya telah diapproach oleh num whatsapp 01127328247 utk offer part time job di shopee. Tapi saya tak repy, sehingga lah pd 6/1 saya telah whatsapp semula num itu utk penerangan job offer yg diberikan. No itu dikenali sbg Jo. Jo telah menerangkan task yg diberikan, iaitu saya perlu like certain product di shopee dan screenshot bukti. saya akan diberikan RM4 utk setiap task. Dan saya setuju utk melakukannya. Pd hari tersebut, saya telah memperoleh sebanyak RM28. Hahahaa mudah kan? Dia pancing, bagi gula gula dulu.
Keesokan harinya, saya mendapat satu num whatsapp baru iaitu 01162164650 dan dikenali sbg Aileen. Aileen inform bahawa payment RM28 saya dah masuk ke dlm acc maybank. saya check & ya, ianya ada. Aileen juga memberikan satu link group whatsapp utk saya join. saya join, dan mereka memberikan task yg sama iaitu like product di shopee & hantar screenshot utk dapatkan RM4 sebagai upah.
Kemudian, mereka bagi task lain iaitu task utama. Task ni, mereka bagi senarai price yg boleh kita pilih, kita bank in dahulu kpd mereka, dan kita melakukan repurchase utk dapatkan extra komisen. saya diberikan link oleh Aileen utk mendaftar. Link tersebut ialah amazonIII.vip. And yes, saya daftar & saya membuat purchase yg pertama. saya pilih harga yg paling rendah iaitu RM100. saya bank in kpd no acc yg diberikan, dan Aileen bg instruction utk repurchase. Setelah selesai, saya diberikan RM120. Easy kan? Then saya terus kpd repurchase bernilai RM500 dan sayadiberikan RM620.
Kemuncaknya, saya try utk repurchase bernilai RM5,580 kpd Aileen. saya diberitahu utk membeli 2 pcs item, tetapi di situ dia mula trick saya. Product tu dah ditulis 2pcs, tetapi di amount bawah hanya 1pcs, dan saya dah pun proceed kpd repurchase. saya inform Aileen, dia bukan main sedih sbb dia tanya kenapa saya silap? Dia yg akan kena marah dgn atasan nanti. Ceh saya pun bodoh say sorry bagai kt dia. Then Aileen inform dia akan tanya pihak atasan ttg issue saya ni.
Aileen kemudian inform, dia boleh tolong utk saya withdraw duit yg ada dlm link amazonIII.vip tu, tapi dgn syarat saya perlu membuat beberapa repurchase lagi utk merchant approve. YES lagi sekali saya jd bodoh buat repurchase RM8,800 dan RM9,420 utk dapatkan komisen dan duit saya semula. Tapi, lepas saya repurchase, sekali lagi dia push utk repurchase sbb merchant tak boleh nak approve request withdraw saya. Kalini, baru saya sedar. saya dah kena tipu! Duit dlm account saya totally habis! Allahuakbar bodohnya saya.
Saya terus tak reply whatsapp Aileen tp dia terus push saya, utk payment lagi. Kononnya ini last transaction sblm sy boleh withdraw duit saya. Saya tak reply. Saya terus sujud, menangis mengadu kpd Allah. Dlm sehari, saya hilang kesemua saving saya. Allahuakbar! Malam tu juga saya buat report polis, esoknya saya ke bank utk buat acc baru & block transaction semua scammer tu.
Total kerugian saya adalah RM24,+++.00.
Saya ambil masa juga beberapa hari utk menerima semuanya & redha di atas apa yg berlaku. Semoga Allah memberikan balasan yg setimpal kpd mereka yg berkenaan. Ya silap saya, saya tamak mengejar dunia. Semoga Allah menggantikan yg lebih baik utk saya menebus semuanya. Dan semoga anda semua tidak mengalami nasib yg sama seperti saya.

Sumber:

Puteri Nur Ikhwan

Ulasan

Catatan Popular