Sejarah Tersembunyi Putrajaya yang Ramai Tak Pernah Tahu



Ramai yang tahu Putrajaya itu indah pusat pentadbiran negara kita tapi tak ramai yang tahu sejarahnya bermula dengan sebuah hadiah peperangan dan satu keputusan sukar antara dua lokasi.

Pernah dilabel gila suatu masa dahulu Tun Mahathir membuktikan visinya apabila menukarkan hamparan hutan belantara dan ladang kelapa sawit yang sunyi menjadi pusat pentadbiran negara yang serba moden hari ini.
Berikut adalah fakta misteri dan sejarah yang mungkin ramai tak tahu :

1. Mengapa Nama Asalnya Perang Besar?

Sebelum tahun 1994, kawasan ini dikenali sebagai Perang Besar (diasaskan pada 1918 sebagai Air Hitam). 

Nama ini bukan sekadar nama ia adalah tanah kurniaan kerajaan British kepada sekumpulan bekas tentera yang terselamat dalam Perang Dunia Pertama. 

Siapa sangka tapak bekas tentera inilah yang dipilih menjadi nadi kerajaan Malaysia.

2. Janda Baik atau Perang Besar?

Pada tahun 1993 kerajaan sebenarnya ada dua pilihan untuk tapak wilayah baru Janda Baik, Pahang atau Perang Besar Selangor. Akhirnya, Perang Besar dipilih kerana lokasinya yang strategik berhampiran KLIA dan lebih mudah untuk dibina secara terancang dari kosong.

3. Misteri Terowong Bawah Tanah: Kubu Perang atau Monorel?

Sehingga hari ini terowong di Putrajaya masih menjadi bualan. Ada yang kata ia adalah kubu pertahanan rahsia yang menghubungkan ke KLIA. 

Hakikatnya ia adalah projek monorel bawah tanah yang tertangguh sejak 2004 kerana kos mencecah RM1 bilion. 

Namun misteri ini tetap hidup mungkinkah ia akan bersambung semula dalam misi Bandar Teknologi Hijau sedikit masa lagi?

4. Istana Darul Ehsan: Simbol Penghargaan

Mungkin ramai yang belum tahu di Putrajaya ada dua istana. Selain Istana Melawati ada Istana Darul Ehsan. Ia dibina oleh Kerajaan Persekutuan khusus untuk Sultan Selangor sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana kesediaan Baginda memberikan tanah Negeri Selangor untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

5. Melawan Arus Krisis Kewangan 1997

Putrajaya adalah bukti ketahanan ekonomi kita. Ketika Krisis Kewangan Asia 1997 melanda Tun Mahathir enggan menghentikan projek ini. 

Walaupun ditekan beliau percaya Putrajaya adalah pelaburan jangka panjang. 

Bayangkan 90% bahan binaan adalah buatan Malaysia dan dibina oleh tangan rakyat kita sendiri. Ia adalah simbol kedaulatan yang mutlak!

6. Transformasi: Dari 'Garden' ke 'Green'

Visi Tun Mahathir tidak terhenti pada Bandar dalam Taman. Hari ini, Putrajaya sedang bergerak ke arah Internet of Things (IoT) dan teknologi hijau. 

Wetland Putrajaya yang seluas 197 hektar itu bukan sekadar hiasan, tapi sistem penapisan air semula jadi terbesar di kawasan tropika!

Kemegahan Putrajaya hari ini adalah hasil keberanian seorang pemimpin yang sanggup melawan arus kritikan dunia. Jika bukan kerana visi Tun Mahathir mungkin hari ini Kuala Lumpur sudah lama lumpuh dan sesak.

Warisan Putrajaya mengajar kita satu perkara iaitu untuk membina masa depan kita tidak boleh hanya melihat apa yang ada di depan mata tetapi harus berani melihat apa yang mungkin berlaku 30 tahun akan datang.

Ulasan

Catatan Popular