Tips Pantas dan Mudah Masak Untuk Ibu Berkerjaya
Penah fikir tak kenape kalau makan
kat kedai lepas order selang beberapa minit makanan dah sampai atas meja kan. Hahaha
nampak sangat suka makan kat kedai memang dapur kami kat kedai dolu2 sebab dlu aku dan husband amik part time study di UKM jadi memang tak sempat lerr. So dimaklumi memang super cepat servis di kedai, kalau
lapar memang cepatlah dapat ngappp…Tapi kalau dapat kedai yang lembap nasiblah,
agak2 lama sangat tapau jerlah makan kat umah ntah2 masak sendiri lagi cepat
kot...
Tapi anak nie walaupun ibunya
masak biasa2 jer kadang tak rase apepun masih cakap masakan ibu paling sedap
walaupun mak2 orang lain lagi sedap kot. Tapi kalau diorg tak makan habis mesti
rasa down nak masakkan so macam tu lah
perasaan mak2 kita dulu bila kita
tak nak makan bila mak masak. Walau macam manapun sememangnya masakan ibu
paling sedap di dunia kerana apa, air tangan masakan penuh dengan kasih sayang.
Dulu masa time sekolah bila ma bekalkan sarapan ke sekolah memang ramai kawan2
menghimpit aku bukan aje bento aku yang kelihatan menarik tetapi rasanya
yang… wala...tanyalah kawan2 sekolahku dulu.. kalau kenal lah aku pun da lost contact dengan mereka heheheh. My mum even kalau bekalkan bekal macam
nasi lemak untuk kami walaupun letak dalam bekas plastic still alas dengan daun pisang.
Memang superbbb bangattt my mum.. kan..kan..
Ok walau sesibuk mana wanita
berkarier sekarang kena juga spend time di dapur so ada cara or tips boleh
pendekkan time kita di dapur dan masak pun cepat malah dapur pun kelihatan
kemas dan bersih.
So firstly kita buat pes dulu
terutama bahan2 yang kita guna untuk menumis, buat kuah, salut kat ikan goreng
dan macam2 lagi jenis lauk pauk dalam anggaran untuk stok seminggu, sebulan ker
terpulang keinginan masing2. Ikuti langkah-langkah spt di bawah:-
Step 1
Kupas bawang putih, bawang merah
dan siap2 dan simpan dalam peti ais kalau boleh kupas bawang tak perlu byk sangat
sebab cepat lembik at least dlm dalam penggunaan 5 hari jika sudah ada perancangan
menu yang memerlukan bahan ini dipotong halus atau dimayang boleh buat siap2
Kisar bahan berikut dan simpan
dalam peti ais :-
a) Bawang besar + bawang putih
b) Bawang besar + bawang putih + cili
kering (elakkan mengisar cili kering sahaja, ia akan cepat berkulat dan berbau
masam. Jika dicampur 3 bahan ini, bahan kisar akan tahan sehingga dua minggu)
c) Halia (halia akan
mudah kecut dan kering, maka dengan mengisarnya ia dapat mengelakkan halia dari
cepat rosak)
Atau buat sambal atau pes siap2
seperti bi bawah:-
a) Blend cili kering, bawang
merah, bawang putih, sedikit belacan / udang kering. Kemudian tumiskan
semunya. Masukkan gula, garam. Tunggu smpai kering, masukkan sos tomato, sos
cili. Goreng lagi smpai garing. Bagi rasa semua ada masam, masin manis.
Dahh...siap. simpan dalam peti ais. Boleh guna sambal ni untuk goreng mee,
bihun, masak ikan sambal, ikan bakar, dan macam-macam lagi lah. Simpan
dalam peti ais
b) Buat Pes untuk masakan
kuah seperti kari, tomyam, asam pedas, kurma, sambal tumis, rendang siap2
bagi suka buat lauk utk masakan seperti ini. Simpan dalam peti ais
c) Buat Pes sayur blend
siap-siap bawang merah, bawah putih, udang kering / ikan bilis. Simpan dalam
peti. Nak masak sup sayur ke, sayur goreng ke, guna pes ni je untuk memasak.
d) Buat sambal untuk gorengan
seperti garam+kunyit+cili atau nak buat yang berempah boleh campur rempah
dengan daun kari
2. Frozen Hidupan Haiwan Laut Dan
Darat
Frozen semua stok
bahan basah /mentah spt ayam, daging, ikan, udang, sotong, ketam, kerang
dsb ini yang telah disiang dan
dibersihkan dan di simpan di peti ais bhgn beku dalam bekas plastic atau zipper lock bag
plastik mengikut portion masing-masing. Kalau ada plan nak goreng ayam or ikan
boleh terus sapu pes garam+kunyit. Esok nak masak malam tu letak bhn yg perlu bhgn bawah dalam peti ais supaya ianya difrost
Pastikan stok makanan kering seperti ikan bilis,
udang kering, ikan masin bihun, pasta, makroni atau apa saja bahan makanan yang boleh
tahan lama sentiasa ada termasuk cereal(koko krunch, corn flakes).
4. Sayur-Sayuran
Hendaklah dibasuh bersih dan
disimpan dalam peti ais. Bila sudah ada perancangan menu baru chopping siap2
sbb jika dipotong terlalu awal dikhuatiri kecut dan layu serta menghilangkan
khasiatnya.
5. Penyusunan Bahan Perasa dan Rempah Ratus
Penyusunan bahan-bahan perasa seperti garam dan gula serta bahan-bahan rempah ratus seperti serbuk
kunyit, serbuk lada hitam, lada sulah, bunga cengkih, kulit kayu manis, sup
bunjut dsb harus disusun dlm bekas mudah nampaq seperti kaca, jika guna bekas
biasa boleh dilabel nama masing2. Bahan2 ini harus disimpan tempat yang kering
Setiap hujung minggu rancang menu masakan untuk
satu minggu begitu juga menu bento anak bagi anak yang bersekolah. Bolehlah belek2 buku resepi lama2 yg dirasai resepi masakan itu memang besttt...
Selepas buat plan menu untuk 5 hari ini kira hari
bekerjalah kalau maybe ade yang makan di luar or ade yang nak buat menu gempak
ker macam nasik beriani, nasi arab or ape2 jerlah. So lepas plan menu tersebut packkan bhn2 untuk buat
menu2 tesbut mengikut hari. Contoh masakkan lauk hari isnin siakap 3
rasa, sup sayur biasa menu aku paling sket dalam 2 lauk kalau
nak lebih aku goreng telur dadar jer sbb anak2 suka
Untuk planning bento sama juga plan menu ape untuk
dibawa. Anak aku biasa pagi kalau sempat dia makan roti, biskut or cereal then
aku bekalkan sarapan lagi kadang nasi goreng, mee goreng, nasi lemak paling
cepat aku goreng yang frozen mcm karipap, donat, roti sosej dsb. Boleh tengok resepi di sini
dan di sini
Paling
senang gunakan mangkuk corning ware yang boleh digunakan untuk memasak sama ada
di atas dapur atau di dalam oven. Lepas masak terus letak atas meja. Jadi
kuranglah kerja aku dalam urusan basuh membasuh peralatan dan ia sangat
menjimatkan tenaga dan masaku.
Biasanya
kita memasak menggunakan periuk, kemudian ceduk ke dalam mangkuk kemudian baru
dihidangkan. Maka, banyaklah peralatan yang terpaksa digunakan.
Dengan
ini peralatan dibasuh tak banyak dan dapur pun lebih bersih. Paling senang nak jimat time lagi tanam pokok tumbuhan macam serai, cili, tomato, kari, bawang, limau dan mcm2 lagi pokok utk bahan masak so reduce time and save money nak pegi beli semua bende2 alah tuh...;)
p/s:
Satu tip jika boleh gunakan oven/airfryer/kukus, kaedah ini hanya masukkan
bahan mentah dalam tu, pusing sahaja timer, kemudian tinggal. Bila bunyi ‘ting’
dah boleh makan. Jadi
sementara proses pembakaran tu, boleh la kita buat kerja lain seperti goreng
sayur, basuh pinggan, mandi atau sebagainya. 2-3 kerja dalam satu masa, kerana
kalau goreng ikan, ayam, or daging maybe hangit kalau kita buat keje lain
sekejap then minyak terpercik, take time nak lap bersihkan dapur pula
credit to this blog
http://finurislam.blogspot.com/
http://ceritapnut.blogspot.com/
credit to this blog
http://finurislam.blogspot.com/
http://ceritapnut.blogspot.com/
Ulasan
teruja dengan penyusunan lauk laut dan darat, bahan-bahan masak.
yang paling syok...menu masakan...:)