Tips Pantas dan Mudah Masak Untuk Ibu Berkerjaya

Penah fikir tak kenape kalau makan kat kedai lepas order selang beberapa minit makanan dah sampai atas meja kan. Hahaha nampak sangat suka makan kat kedai memang dapur kami kat kedai dolu2 sebab dlu aku dan husband amik part time study di UKM jadi memang tak sempat lerr. So dimaklumi memang super cepat servis di kedai, kalau lapar memang cepatlah dapat ngappp…Tapi kalau dapat kedai yang lembap nasiblah, agak2 lama sangat tapau jerlah makan kat umah ntah2 masak sendiri lagi cepat kot...


Tapi bila dah anak2 ramai kenalah masak di rumah save sikit kan, tapi macam aku  masih terkapai2 nak masak cepat sebab bila  balik rumah mesti penatkan, kalau boleh nak rest dulu tapi anak2 dah merengek2 lapar. Paling pantas order servis home delivery tapi kalau buat selalu pokailah mak weh....


Tapi anak nie walaupun ibunya masak biasa2 jer kadang tak rase apepun masih cakap masakan ibu paling sedap walaupun mak2 orang lain lagi sedap kot. Tapi kalau diorg tak makan habis mesti rasa down nak masakkan so macam tu lah  perasaan mak2 kita  dulu bila kita tak nak makan bila mak masak. Walau macam manapun sememangnya masakan ibu paling sedap di dunia kerana apa, air tangan masakan penuh dengan kasih sayang. Dulu masa time sekolah bila ma bekalkan sarapan ke sekolah memang ramai kawan2 menghimpit aku bukan aje bento aku yang kelihatan menarik tetapi rasanya yang… wala...tanyalah kawan2 sekolahku dulu.. kalau kenal lah aku pun da lost contact dengan mereka heheheh. My mum even kalau bekalkan bekal macam nasi lemak untuk kami walaupun letak dalam bekas plastic still alas dengan daun pisang. Memang superbbb bangattt  my mum.. kan..kan..



Ok walau sesibuk mana wanita berkarier sekarang kena juga spend time di dapur so ada cara or tips boleh pendekkan time kita di dapur dan masak pun cepat malah dapur pun kelihatan kemas dan bersih.


So firstly kita buat pes dulu terutama bahan2 yang kita guna untuk menumis, buat kuah, salut kat ikan goreng dan macam2 lagi jenis lauk pauk dalam anggaran untuk stok seminggu, sebulan ker terpulang keinginan masing2. Ikuti langkah-langkah spt di bawah:-


Step 1


Kupas bawang putih, bawang merah dan siap2 dan simpan dalam peti ais kalau boleh kupas bawang tak perlu byk sangat sebab cepat lembik at least dlm dalam penggunaan 5 hari jika sudah ada perancangan menu yang memerlukan bahan ini dipotong halus atau dimayang boleh buat siap2



Kisar bahan berikut dan simpan dalam peti ais :-
a)      Bawang besar + bawang putih

b)     Bawang besar + bawang putih + cili kering (elakkan mengisar cili kering sahaja, ia akan cepat berkulat dan berbau masam. Jika dicampur 3 bahan ini, bahan kisar akan tahan sehingga dua minggu)

c)      Halia (halia akan mudah kecut dan kering, maka dengan mengisarnya ia dapat mengelakkan halia dari cepat rosak)

Atau buat sambal atau pes siap2 seperti bi bawah:-

1. Sambal


a) Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, sedikit belacan / udang kering. Kemudian tumiskan semunya. Masukkan gula, garam. Tunggu smpai kering, masukkan sos tomato, sos cili. Goreng lagi smpai garing. Bagi rasa semua ada masam, masin manis. Dahh...siap. simpan dalam peti ais. Boleh guna sambal ni untuk goreng mee, bihun,  masak ikan sambal, ikan bakar, dan macam-macam lagi lah. Simpan dalam peti ais

b) Buat Pes untuk masakan kuah seperti kari, tomyam, asam pedas, kurma, sambal tumis, rendang siap2 bagi suka buat lauk utk masakan seperti ini. Simpan dalam peti ais

c) Buat Pes sayur blend siap-siap bawang merah, bawah putih, udang kering / ikan bilis. Simpan dalam peti. Nak masak sup sayur ke, sayur goreng ke, guna pes ni je untuk memasak.

d) Buat sambal untuk gorengan seperti garam+kunyit+cili atau nak buat yang berempah boleh campur rempah dengan daun kari 


2. Frozen Hidupan Haiwan Laut Dan Darat

Frozen semua stok bahan basah /mentah spt ayam, daging, ikan, udang, sotong, ketam, kerang dsb ini yang telah disiang  dan dibersihkan dan di simpan di peti ais bhgn beku dalam bekas plastic atau zipper lock bag plastik mengikut portion masing-masing. Kalau ada plan nak goreng ayam or ikan boleh terus sapu pes garam+kunyit. Esok nak masak malam tu letak bhn yg perlu bhgn bawah dalam peti ais supaya ianya difrost


3. Stok Makanan Kering


Pastikan stok makanan kering seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin bihun, pasta, makroni atau apa saja bahan makanan yang boleh tahan lama sentiasa ada termasuk cereal(koko krunch, corn flakes).


4. Sayur-Sayuran 


Hendaklah dibasuh bersih dan disimpan dalam peti ais. Bila sudah ada perancangan menu baru chopping siap2 sbb jika dipotong terlalu awal dikhuatiri kecut dan layu serta menghilangkan khasiatnya.


5. Penyusunan Bahan Perasa dan Rempah Ratus



Penyusunan bahan-bahan perasa seperti garam dan gula serta bahan-bahan rempah ratus seperti serbuk kunyit, serbuk lada hitam, lada sulah, bunga cengkih, kulit kayu manis, sup bunjut dsb harus disusun dlm bekas mudah nampaq seperti kaca, jika guna bekas biasa boleh dilabel nama masing2. Bahan2 ini harus disimpan tempat yang kering



Step 2




Setiap hujung minggu rancang menu masakan untuk satu minggu begitu juga menu bento anak bagi anak yang bersekolah. Bolehlah belek2 buku resepi lama2 yg dirasai resepi masakan itu memang besttt...

Selepas buat plan menu untuk 5 hari ini kira hari bekerjalah kalau maybe ade yang makan di luar or ade yang nak buat menu gempak ker macam nasik beriani, nasi arab or ape2 jerlah. So lepas  plan menu tersebut packkan bhn2 untuk buat menu2 tesbut mengikut hari. Contoh masakkan lauk hari isnin siakap 3 rasa,  sup sayur  biasa menu aku paling sket dalam 2 lauk kalau nak lebih aku goreng telur dadar jer sbb anak2 suka

Untuk planning bento sama juga plan menu ape untuk dibawa. Anak aku biasa pagi kalau sempat dia makan roti, biskut or cereal then aku bekalkan sarapan lagi kadang nasi goreng, mee goreng, nasi lemak paling cepat aku goreng yang frozen mcm karipap, donat, roti sosej dsb. Boleh tengok resepi di sini dan di sini


Step 3

Paling senang gunakan mangkuk corning ware yang boleh digunakan untuk memasak sama ada di atas dapur atau di dalam oven. Lepas masak terus letak atas meja. Jadi kuranglah kerja aku dalam urusan basuh membasuh peralatan dan ia sangat menjimatkan tenaga dan masaku.

Biasanya kita memasak menggunakan periuk, kemudian ceduk ke dalam mangkuk kemudian baru dihidangkan. Maka, banyaklah peralatan yang terpaksa digunakan.

Dengan ini peralatan dibasuh tak banyak dan dapur pun lebih bersih. Paling senang nak jimat time lagi tanam pokok tumbuhan macam serai, cili, tomato, kari, bawang, limau dan mcm2 lagi pokok utk bahan masak so reduce time and save money nak pegi beli semua bende2 alah tuh...;)

p/s: 


Satu tip jika boleh gunakan oven/airfryer/kukus, kaedah ini hanya masukkan bahan mentah dalam tu, pusing sahaja timer, kemudian tinggal. Bila bunyi ‘ting’ dah boleh makan. Jadi sementara proses pembakaran tu, boleh la kita buat kerja lain seperti goreng sayur, basuh pinggan, mandi atau sebagainya. 2-3 kerja dalam satu masa, kerana kalau goreng ikan, ayam, or daging maybe hangit kalau kita buat keje lain sekejap then minyak terpercik, take time nak lap bersihkan dapur pula

credit to this blog
http://finurislam.blogspot.com/ 
http://ceritapnut.blogspot.com/

Ulasan

Unknown berkata…
Nk try tp xprnh masak pn..maggie jee yg blh..Haha...Happy blogging
Akula berkata…
boleh suruh wife cuba..heheh
Farah berkata…
Bismillah,

teruja dengan penyusunan lauk laut dan darat, bahan-bahan masak.
yang paling syok...menu masakan...:)
Unknown berkata…
Thanks for sharing.. tergelak saya baca part syatonnirajim tuh..hehe
safiah adibah berkata…
Bab blend semua bawang & cili tu memang betul. Yang buat lama nak masak tu sebab nak potong & bawang la..lagi satu lauk mentah basuh siap-siap simpan dalam bekas ikut portion nak masak..hehhehe

Catatan Popular